:: jemari mentafsir qalbi ::
kumpul.kumpul.
Thursday, 8 December 2011
perli ke sensitif??
sudah banyak motivasikan diri elak diri terlalu tersentap.
Perbualan antara saya dan sorang yang baru sahaja bergelar ibu.
situasi yang nak menyentap hari ini.
Saya : Penatnye. ramai orang datang tengok mak dan bapak baru balik haji.
si A : Enjoy je. Mesti akak selalu dapat soalan cepumas kan dari orang datang. hihi
( mula-mula nak buat tak paham ape maksud cepumas kat situ, tapi nanti buat sakit hati je, terus buat-buat paham)
Saya : Tak jugak.
si A : Takde? Bagusnye. Kalau kat sini, janganlah. Beza kot kampung dengan bandar.
( Dia duk kampung, saye bandar)
Saya : Depends on orang la. Kalau die paham rezeki tu dari Allah, dia takkan persoalkan.
(sekaligus nak perli budak ni balik)
si A : Betul. kita dah usaha kan. rezeki belum sampai lagi.
(ayat nak cover)
Rasa lega dapat jawap macamtu.

Wednesday, 30 November 2011
kisah cuti
salam.
Dua minggu start bermulanya cuti sekolah, telah dihabiskan berada di KL, rumah parentsku. Sebab my parents still ade di Mekah dan Madinah. So, saya yang telah ditugaskan untuk menjaga tok saya yang sakit. Tak mampu makan sendiri atau menguruskan diri sendiri. Jadi terpaksalah berpisah sementara dengan encik hubby yang disayangi tu. Suami tinggal di rumah familynya dan saya di rumah family saya. Raya haji pun terpaksa sendiri-sendiri. 1st time tau ;(
So, nak hilangkan rasa kebosanan ni mula lah buat percutian budget saya ke lokasi percutian saya ini. Setakat ni sume dah buat, suami dah amik cuti seminggu, dah booked hotel, kete sewa dah tempah, budget dah buat, restoran mane nak pergi dah senarai, barang apa nak beli dah tulis. Cuma sebab last pergi time kecik lagi, belum sekolah lagi, makanya tak dapat membayangkan keadaan di sana. Tengok internet dan baca blog-blog orang jela mampu. Dan saya sedang berdoa agar BP tak banjir sebab kalau banjir otomatik cuti suami kene batalkan. huuu~
Dan sekarang baru sedar ke'best'an mengumpul fridge magnet. Percutian yang sebelum-sebelum ni alahai ruginya tak beli fridge magnet. So, boleh belek2 peti ais tengok tempat mana yang saya belum lawati lagi.hee.
Korang-korang, kasi lah tips atau ape-ape yang saya perlu ketahui untuk percutian kali ini. Kalau ade blog review ttg percutian ke sini lagi bagus. TQ sumer :);):)
ihsan pakcik google

benarkah lelaki dari negeri X kurang rajin?
sapu jap blog yang agak bersawang.
Sebelum nak mula menaip isu yang agak hot kalo nak dibincangkan di FB, saya nak bertanya untuk mereka-mereka yang expert bab BB (blackberry) ni. Soalan saya: Dulu saya amat rajin update blog through BB. But, sesuatu telah berlaku, *cis, macam mndebarkan pulak* .Bila bukak blogspot then nak posting, die tulis "Your browser is no longer supported by Blogger. Some parts of Blogger will not work and you may face some problem". Camne nak buat eh?
Sape bijak, sila selesaikan masalah saya ini.TQ
Ok, masa untuk kembali kepada tajuk asal. Saya terlebih dahulu mohon maaf kalau ada sesiapa terasa tentang tajuk ni. Bukan nak bersikap kenegerian, tapi cuma nak lontarkan pertanyaan. Sebenarnya sejak seseorang menceritakan masalah yang berlaku dalam rumahtangganya, buatkan saya terfikir hal ini.
Perkara ini berlaku kepada 2 orang terdekat dalam keluarga saya: kakak dan adik ipar saya, iaitu berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri X. *rasa tak perlu sebut negeri mana kot, anda boleh pk kan*. Bukan nak mengaibkan atau nak membuka pekung, saya memang berniat nak berkongsi idea dan pengalaman dengan kawan-kawan semua. No hard feeling ok.
Situasi kakak: Masa mula-mula kahwin, dia pernah bercerita pada saya tentang suaminya yang tak berapa pandai buat kerja rumah. Masa tu saya belum berkahwin, bagi saya itu perkaa biasa. Bukak kain, then tinggal je kain tu kat tempat die londehkan tu padahal bakul sebelah je. Setelah beranak pinak, bila anak menangis, suami mula panggil akak saya untuk pujuk anaknya, bagi susu ke asalkan anak berenti menangis, padahal akak saya sedang sibuk buat kerja lain.Then, masa akak saya baru sahaja melahirkan anak ke2, sewaktu akak saya nak balik ke rumah die, *berpantang dirumah keluarga saya*, akak saya yang kehulu kehilir kemas barang masuk dalam beg, barang anak-anak, barang suami sampai kul 2-3 pagi. Tu pun boleh dibuat setelah anak-anak tidur. Tiba-tiba anak menangis, suami yang sedang tidur ketika itu hanya panggil sahaja akak saya supaya menyusukan anaknya. Saya pada ketika itu, rasa belas sangat pada akak saya. Dulu lepas makan, pinggan atas meja, sekarang dah berubah skit.
Situasi adik ipar: Selepas je kenduri kawin mereka, kami adik beradik tertonggeng-tonggeng kemas selepas kenduri, suami adik ipar saya ni boleh pulak duduk dalam rumah. Mase tu rase, mungkin die penat kot. Then, semalam adik ipar saya mengadu pada saya. Adik ipar saya ni baru lepas bersalin. Berpantang di kampung, then balik je rumah asal mereka peti ais barang-barang dh kering tidak brbuang, bawang busuk tak dibuang, inti berhabuk, toilet licin, katil bersepah, cd bersepah, baju dah sebulan tak berlipat. Uisk, saya dapat bayangkan keadaan rumah masa tu. Dengan bawa baby yang baru lahir tu. Adik ipar saya sendiri mengaku suaminya tak rajin tolong. Kalau anaknya menangis, terus bagi isteri pujuk, walupun si isteri ni penat. Suaminya juga kerap keluar rumah malam jumpa kawan-kawan. Baby menangis-nagis sampai jiran datang jenguk.
Dan, saya pernah mendengar bahawa lelaki dari negeri X ini telah dilatih dan dimanjakan oleh mak dieorang yang kerja-kerja yang berkaitan rumah, dapur dan anak ini adalah kerja perempuan. Makan dihidang siap, pinggan mak yang basuh, tinggal tangan je asuh sendiri. Bab-bab mengemas ni memang tak la dieorang nak buat. Manakala perempuan pula dilatih dari kecik untuk uruskan rumahtangga 100%. Sebab tu ade orang kata lelaki negeri X memang akan cari perempuan dari negeri X dan tinggal di negeri X. Betul ke?
Kalau sape-sape ade pandangan, silalah berkongsi dengan saya sebab otak saya ni mula nak give bad perception pada lelaki-lelaki dari negeri X. yes, my hubby is not lah too rajin, lelaki is lelaki. Rumah yang kite nampak serabut pun die leh kate ok. Bagi saya, alhamdulillah suami saya banyak memmbantu walaupun tak perfect mana. Cukuplah kita tersenyum atas cubaan dia untuk mengurangkan kepenatan kita.
Dan saya nak mintak pendapat pada siapa-siapa yang sudi bantu saya. Apekah kata-kata nasihat saya pada adik ipar saya selain dari suruh dia bersabar? Perkahwinannya baru setahun jagung tapi dah ditimpa masalah yang berat untuk ditanggung. Mereka juga sebelum ni pernah bergaduh besar sehingga 2minggu lamanya dan ketika itu adik ipar saya tengah pregnent. Tapi saya rasa tak perlu nak nyatakan di sini kot.
p/s: ok. setelah tak update berapa sikit punya lama, keluar-keluar entri je terus masalah.huhu.okeh, lepas ni entri yang mengembirakan pulak :)

Sunday, 13 November 2011
Takdir Allah
.. ♥ Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA....
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...
TETAPI,
Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapakannya,
Kita TETAP TIDAK AKAN mendapatkannya .. ♥

Wednesday, 9 November 2011
Petua Untuk Memperoleh Zuriat
AMALAN PERTAMA
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
- Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.
p/s: Jom kita amalkan jom :):):)
Thursday, 20 October 2011
Bayi Ajaib dalam kandungan
BAYI AJAIB DALAM KANDUNGAN
Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.
Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.
Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.
Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.
Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.
Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.
Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)
sumber =Misteri & keajaiban alam
P/S: Subahanallah. Tertarik sungguh dengan kata-kata yang di bold kan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)