kumpul.kumpul.

Wednesday 30 November 2011

kisah cuti

salam.

Dua minggu start bermulanya cuti sekolah, telah dihabiskan berada di KL, rumah parentsku. Sebab my parents still ade di Mekah dan Madinah. So, saya yang telah ditugaskan untuk menjaga tok saya yang sakit. Tak mampu makan sendiri atau menguruskan diri sendiri. Jadi terpaksalah berpisah sementara dengan encik hubby yang disayangi tu. Suami tinggal di rumah familynya dan saya di rumah family saya. Raya haji pun terpaksa sendiri-sendiri. 1st time tau ;(

So, nak hilangkan  rasa kebosanan ni mula lah buat percutian budget saya ke lokasi percutian saya ini. Setakat ni sume dah buat, suami dah amik cuti seminggu, dah booked hotel, kete sewa dah tempah, budget dah buat, restoran mane nak pergi dah senarai, barang apa nak beli dah tulis. Cuma sebab last pergi time kecik lagi, belum sekolah lagi, makanya tak dapat membayangkan keadaan di sana. Tengok internet dan baca blog-blog orang jela mampu. Dan saya sedang berdoa agar BP tak banjir sebab kalau banjir otomatik cuti suami kene batalkan. huuu~

Dan sekarang baru sedar ke'best'an mengumpul fridge magnet. Percutian yang sebelum-sebelum ni alahai ruginya tak beli fridge magnet. So, boleh belek2 peti ais tengok tempat mana yang saya belum lawati lagi.hee.

Korang-korang, kasi lah tips atau ape-ape yang saya perlu ketahui untuk percutian kali ini. Kalau ade blog review ttg percutian ke sini lagi bagus. TQ sumer :);):)


                                                                  ihsan pakcik google

No comments:

Post a Comment

buih-buih kata :)