kumpul.kumpul.

Thursday 20 October 2011

Bayi Ajaib dalam kandungan







BAYI AJAIB DALAM KANDUNGAN

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)

sumber =Misteri & keajaiban alam

P/S: Subahanallah. Tertarik sungguh dengan kata-kata yang di bold kan :)

Mahu hilangkan STRESS ??

Sedang stress...??

Mahu hilangkan stress...??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yang menceritakan seorang yang Stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA utuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.


SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!! SIAPA BAPAK ANAK-ANAKNYA???....


hehe, stress tak?? nak tau stress ke tak, sila lihat gambar di bawah.






LIHAT BAWAH LAGI....





........

.....


..



.







jika anda renung baik2, dot dot kuning tu x bergerak, tp klu anda tgk ia bergerak2 bermakna anda dlm keadaan stress....bawaklah berehat...

Thursday 13 October 2011

sensitif

salam.


Tak pernah sehari pun dalam fikiran ni tak teringat pada keinginan memiliki zuriat. Lebih-lebih lagi semasa bersendirian. Sentiasa memikirkan punca dan sebab mengapa masih belum dikurniakan zuriat. Masalah kesihatan ataupun sebagai kaffarah dari Allah atas kesilapan dan kealpaan yang dilakukan?Bila dalam toilet lagi kuat bayangannya. Terbayang saat-saat buat UPT dan disahkan +ve. Terkenang saat-saat bleeding dan duk mencangkung melihat darah yang mengalir bagai air paip dan disahkan keguguran.Erm.

Sentiasa memikirkan dan membayangkan perasaan orang-orang terdekat yang mengandung. Ada alahankah mereka? Mengidamkah? Nampak kereta mereka pun dah membayangkan kegembiraan mereka ketika mengandung.Belum lagi apabila mereka mengembar-gemburkan tarikh due mereka. Seaakan jantung ini tak berhenti berdegup  kencang membayangkan saat-saat mereka yang makin hampir membelai lembut kulit bayi mereka. Terasa erat genggaman jari suami memegang dan memberi kata semangat untuk bertarung nyawa mengeluarkan bayi dari rahim.

Hampir menitis air mata saya, apabila melawat bayi yang baru dilahirkan. Tak berkelip mata melihat indahnya ciptaan Tuhan. Allahuakbar. Gerak wajah, tangan, kaki semuanya kelihatan sungguh hebat. Terbayang saat ketika baru melahirkan bayi kemudian memeluk dan menciumnya buat pertama kali dan diberi kesempatan menyusukannya. Allahuakbar.Terlihat suami yang tersenyum dan memeluk erat dan mencium bayi. Bahagianya rasa. Teringin sekali bergelar, ibu. Kini, masih menunggu kesempatan yang Allah akan  berikan buatku.

Saya bukan mengeluh. Bukan jua menangisi rezeki yang masih belum dikurniakan Allah. Tapi sesekali otak ni belum pulih untuk terus melupakan hajat mahukan anak. Masih belum dan saya rasa tak akan lupa walau sedetik pun. Setiap masa, setiap ketika akan membayangkan saat-saat gembira tatkala mengandungkan zuriat, tatkala melahirkan dan membesarkan anak dihadapan mata bersama-sama suami. Kadang-kadang nak elak dari banyak mengeluh, saya membayangkan apa yang akan saya lakukan apabila ada anak kelak. Tersusun elok perancangannya.

Allahuakbar. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. Kau makbulkanlah doa kami ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang sihat, sempurna dan bimbinglah kami mendidik zuriat-zuriat kami agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Kami manusia hanya mampu merancang dan Engkaulah sebaik-baik perancang.

Sunday 2 October 2011

Allah, berikan dia kekuatan :(

Menangis bila membaca dan menghayatinya.
Sekadar untuk berkongsi rasa dan doakan ketabahan baginya.


Ya Allah, berikan dia kekuatan. Amin. Amin. Amin.

pernah terfikir tak?

salam readers.


Pagi tadi otw ke sekolah ada dengar berita tentang seorang bayi yang dibungkus dalam beg dan dibuang didalam perigi.



Mayat bayi perempuan dibuang dalam perigi

02/10/2011 6:17pm

KOTA BHARU 2 Okt. – Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di dalam sebuah perigi kebun getah di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini pagi ini.
Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, kira -kira pukul 8 pagi ketika dia ingin membersihkan dirinya selepas membuang air besar menggunakan air perigi tersebut.
Menurut Tuan Mat, sewaktu mencedok air perigi itu yang dalam kira-kira lima meter menggunakan baldi, dia tiba-tiba ternampak sebuah beg pakaian terapung dan tertutup rapi.
Selepas diperiksa, dia mendapati beg itu mengandungi mayat seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu. – Utusan




Lantas otak ni ligat berfikir.


"Kan best kalau baby ni dibuang didepan pintu rumah aku, leh aku amik jadi anak angkat. Ehh, tak boleh. Sebab nanti still kena bagi baby tu pada JKM lepas report polis . So, tukar fikiran"

Fikir lagi.

"Kan best masa "perempuan" tu nak buang bayi ni depan rumah aku,aku tengah bukak pintu.Lepas tu aku nampak "perempuan" tu letakkan bayi tu. Sempat aku panggil budak tu balik dan meminta diberi kebenaran untuk menjaga, mendidik dan membesarkan bayi ni sebagai anak yang solehah. Siap bawak "perempuan" ni ke Jabatan Pendaftaran (yg hanya berapa kaki dari rumah) dan daftarkan bayi ini. Then aku amik jadikan anak angkat" (ok,citersaya sikit punya macam drama)

Tapi, serious. Sebelum dengar berita macam ni lagi, saya memang dah buat perancangan andainya ada bayi yang diletakkan dihadapan rumah saya. Yang tak tahan siap tanya suami lagi "Bang, kalau ade orang buang baby depan rumah, kita amik ek". Konfiden tahap tak henggat.Heheh.Suami pun konfiden jawap "A'ah, kite amik, bela tau" Hehe.


dan kepada "perempuan" : Tolonglah korang, sebelum niat jahat korang yang ingin buang bayi tu, silalah tengok2 internet tu cari orang-orang yang sanggup bela. Kalau malu nak tunjuk muka, guna orang tengah. Sekurang-kurangnya berilah kesempatan untuk bayi tu bernafas dan dan dididik sebagai insan berguna.

Sekian angan tak sudah buat hari ini :)