kumpul.kumpul.

Sunday 31 July 2011

VIM: Very Important Mission of Ramadhan~Part 2

Misi 1 : bermula 1 Ramadhan sehingga 1 syawal,saya akan menurunkan berat badan saya sebanyak 4kg.

Misi 2: bersahur dengan kurma serta air susu dan plain water.

Misi 3: berbuka dengan kurma dan air susu.air manis hanya sesedut je.(Kelongaran diberi time balik kampung,kang family tgk pelik pulak)

Misi 4: dalam seminggu DIWAJIBKAN brjalan atas treadmill 3 kali seminggu selama setengah jam setiap satu sesi. Kalau nak buat lebih,lagi bagus.*ayat mcm bagus,padahal ckp pada diri sendiri*

Untuk memalukan diri sendiri kalau tak buat keempat-empat misi di atas,saya akan update SETIAP HARI adakah misi saya terlaksana.harap-harap bukan hangat-hangat chicken shit.hihi.

P/S: kan best kalau ada saingan daripada kawan-kawan.lagi semangat kan :)

misi Ramadhan part 1

Kenapa saya memilih untuk tulis segala misi saya dalam blog??
Sebab,pertama saya tidak mmpunyai diari,kalau ada pun,masa awal-awal je exited bagai nak tulis,pastu,hammmmpp.hihi.sebab kedua,saya nak rasakan ada orang yang baca dan tahu misi saya dalam bulan Ramadhan ni.pastu bila Syawal nanti kalau misi saya tak tercapai saya akan malu dengan pmbaca blog saya dan korang sume akan cakap "cis,tulis misi dalam blog macam bagus je,tapi takde ape-ape perubahan pun".so,bila saya pikir begini,saya akan malu,lantas mnguatkan semangat untk misi Ramadhan kali ini.*ayat macam bagus je*.

Oleh kerana misi saya brkaitan dengan rawatan manual PCOS,jadi saya tak meletakan sebarang target untuk menimang cahayamata dlm bulan ini (ayat untuk mmpositipkan diri dan jgn asik stress ingat nak anak tetiap hari).jadi objektif utama saya sebelum conceive ialah menurunkan berat badan.

Setakat ini,setelah cabaran diberi oleh gynea,saya secara maintainnye dpt turunkan berat badan 2 kg selama sebulan.adoi.susah nak buang lelemak ni.dan sedih sekali bile bulan 7 belum turun-turun lagi.so, bulan Ramadhan ni wajib qada' pnurunan berat badan yang lagi 2kg tu.so,dalam bulan 8,saya WAJIB turunkan berat badan saya sbanyak 4kg!!lebih afdal dapat bonus 5kg.

So,raya akan lebih ceria sebab awal-awal dah tau akan stress sebab orang akan tanya soalan petir.so,belum ape-ape lagi dah bad mood.haha.

Ok,inilah huraian daripada misi saya.

Saturday 30 July 2011

from that day..

huh.
bukan senang nak menulis hal ni.sampai terpaksa bukak blog baru.tapi kalo tak bertulis benda-benda yang penting dalam idup ni makin lama ianya makin dilupai.so, sekurang-kurangnya biarlah terukir dalam blog ni.

kehidupan yang mngembirakan berlaku apabila my UPT double line. tapi, sebentar je Allah bagi keindahan yang pastinya dinantikan oleh setiap orang yang bergelar isteri. bermula detik saya disahkan pregnet, segala- gala jadi indah. tiada apa pun yang boleh menyebabkan saya bermuram durja.indahnya saat itu.

then, saya dan suami decide buat buku merah.saya dah suami pun amik cuti semata-mata nak pi klinik kesihatan. lama tunggu sampai lebam.cek la dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. malas nak detailkan,boleh tak?

saya sebenarnya tak sedap hati since tau pregnent, sebab saya takde tanda-tanda orang pregnent mcm morning sickness.dan saya pun rasa ini adalah salah satu faktor keguguran *perasaan yang terlalu risau pikir macam2 tentang kandungan*. so, me and husby plan nak scan kat klinik swasta sbb klinik kerajaan tak provide scan untuk yang baru pregnent.sedih.

di klinik.masih menunggu sampailah lebam.then, bile sampai turn memang berdebar-debar.encik suami tak masuk. dan itulah hajat saya,saya takut kecewa.biarlah saya kecewa asalkan suami tak brsedih kalo die tgk result yg tertera kat scanner tu nanti.so,doctor start scan and she's said "this is not good".(hamek,sampai sekarang pun mampo ingat ayat doctor tu).then die tunjukla kantung bulat ok, tapi baby nye tecit sangat.then doctor cakap mybe baby mengecut ataupun baby lom sampai 10 minggu (sebab scan kantungnya besar 6 minggu ++)so, saya rasa brputus asa+sedih+kecewa. tak tau macammana nak terangkan pada encik suami.doktor suh datang lagi 2minggu untuk futher scan. Allahuakbar,tak tau nak gambarkan perasaan ketika itu.

Masuk kereta cepat2 bagitau suami,suami macam biasa, bagi kata-kata penguat smangat. for a while, saya rasa tiada kata yang boleh menyejukkan perasaan saya ketika itu. then, balik rumah, air mata ni tak berhenti-henti mengalir, teresak-esak.Allahuakbar.perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. lepas tu terus teridur, then bangun dari tidur semacam dah ada sedikit kekuatan. call family, bagitau apa yang berlaku then mohon dititipkan doa....

belum pun sampai 2 weeks tarikh nak pergi scan balik, i've 1st bleeding then followed by 2nd bleeding after a week kalo tak silap. then refer pada hospital kerajaan. for first time, doc cakap saya complete abortion means sume dah keluar. Alhamdulillah. then doc bagi 2 minggu lagi untuk datang appoiment. After 2 minggu selepas berpantang, mengurut bagai, doc buat TVS, doc cakap macam ada lagi kantung. wohu! bayangkan perasaan ketika itu?so, kami decide buat D&C instead tunggu kantung tu gugur sendiri.

so, duduklah saya dengan poyonye kat wad hospital,berkenalan ngan pesakit dan makan dari pagi sampai dinnernye, sedapla jugak. lagipun makanan yg dieorag kasi untuk patient 1st class sbb saya patut masuk 1st class tapi taknak sebab takut duk wad takde orang nanti,so duduk la 2nd class yang memang selesa ;) tunggu punya tunggu punya tunggu, check punya check punya check, last-last pergi scan nak confirmkan saya dah ready nak D&C pada esok hari. hati dah pasrah masa tu. then, masa scan, doc cakap "aik,kosong je rahim awak, dinding rahim pun dh menipis, means nothing la dalam rahim awak". rase macam nak debik je doctor yang scan awal-awal kate ade lagi kantung tu. doc tanpa rasa segan silu cakap "awak boleh balik, takyah buat D&C". wuhu!! datang hospital nak makan je dari pagi sampai petang.hihi :)

dan bermula dari detik itu, saya pun berangan-angan nak conceive semula......


p/s:bukan mudah saya nak ceritakan balik menda-menda camni,tapi sebab saya nak berkongsi ngan kawan-kawan, saya teruskan juga.padahal dah banyak adengan-adengan yg trpaksa di cut. hehe

let's begin with a happy story

originally post from wordpress..

Bersawang sungguh.
kire macam dah setahun meninggalkan dunia blog ni. macam takde cerita nak diceritakan. lagipun sejak dapat duduk dengan encik suami tersayang, semua cerita diluahkan pada dia. nampak gayanya, encik suami lah jadi diari bergerak saya. beruntung jugak dah kahwin ni.ada tempat meluah rasa :) :) :)

setelah setahun empat bulan berkongsi rasa, bergelak ketawa, bergaduh manja, akhirnya Allah telah memakbulkan doa setiap insan yang berdoakan kami. suami, mak, bapak, kaklong,adik2,dan rakan2 yang banyak memberi advice dan semangat.

akhirnya..alhamdullilah..

doakan kami ye :)
alkisahnye, nak dijadikan citer, last period saya masa bulan puasa.then raya tak datang-datang.then, risau memang risau sebab sebelum ni period memang tak regular. then atas advice kawan, saya pun try EPO dan makan sekali Acid Folic. then period saya every month datang, tapi dekat dua kali period saya lebih dari 15 hari :(
Alhamdulillah masa bulan puasa tu period 12 hari. Taklah ganti sampai 1 hari (padahal lebih kurang je). Then, masa raya tunggulah period ku. Tapi tak kunjung tiba. Dalam kepala dah pikir macam2.Ada penyakit apa? Masa tu tak berani nak buat UPT test sebab dah banyak kali kuciwa…. sanggup saya tunggu 2 minggu untuk pastikan period benar2 tak setitik pun datang (eceh)
Lepas berhempas pulas masa kenduri kawin adik ipar, saya pun terdetik nak buat UPT test, padahal niat memang nak tunggu kalo boleh sampai 2 bulan period tak datang (tekad tak?).tapi memandangkan ada menda-menda nak beli kat Guardian, terpaksalah beli UPT test tu.

Sampai je rumah, terus meluru ke tandas. bukan exited ke ape, tapi sakit perut memulas-mulas. alang-alang dah ke tandas, bawak la sekali UPT test tuh.ape lagi, saya pun melaksanakan hajat tanpa gundah gulana sambil menakung air pee-pee dalam takungan yang disediakan  (hehe.jijiks!) then,saya pun laksanakan ujian yang tak perlu baca buku pun untuk berjaya. sementara nak tunggu tu, saya tutup UPT test dengan kotak UPT supaya saya tak terlalu kuciwa kalo satu line je. Dengan lafaz Bismillah dan selawat, saya pun membuka mata dan …
2 lines !!!!!!
(gambar tak menyempat nak upload :)
mak ai, tangan menggigil abes sambil dalam hati mengucapkan syukur pada Allah. terus tersenyum dalam toilet dan pikir apa nak cakap kat encik suami.Tangan dah mengiggil-giggil ni. jeng jeng jeng.
Then, kuar je toilet terus cakap (sambil tangan sebelah lagi sembunyi kat belakang sbb pengang UPT tu) “Abang nak tau satu rahsia besar tak?” . masa ni muka saya tak boleh blah sebab tahan senyuman. Terus pergi kat husband and tunjuk UPT test tu. Encik suami macam dah senyum-senyum dah. Tapi buat-buat tak paham lagi. Terpaksala pulak saya menerangkan 2 lines tu pregnent. Encik suami terus peluk dan ucap tahniah. hehe (saya pun tak ingat,saya ade terlompat ke tak, bahaya-bahaya).
Then, bermulalah fasa baru dalam kehidupan kami.
Malam esoknya jumpa doctor and doctor cakap my precious already 7 weeks. Alhamdulillah…
Ok, will update later.
Kawan-kawan, doakan kami kesihatan kami ye :)

thinking of...

Rase-rasenye macam nak post balik ape semua kejadah hasil blog yg dolu2.tapi bile pikir-pikir balik,benda yang lama usah dikenang-kenang.
But...
Let me think first.tomorrow will decide.ok bebeh,nite ualls!

ta'aruf diri.

salam.
agak poyo sibuk follow orang pastu orang tak follow kite balik pastu perasan sorang-sorang ade blog yang best.haha. terpaksa memulakan blog baru setelah blog yg dicintai sekian lama mendiamkan diri, sejak..erm. tu kite citer nanti boleh tak?
ok.
awak, awak dan kamu serta kamu boleh panggil saya azie. saya sekarang berumur 27 tahun dan masih dalam penantian mengharap rezeki yang satu iaitu zuriat setelah 2 tahun brkahwin. pernah pregnent, tapi rezeki tu sebentar sahaja setelah disahkan gugur ;(.
baru tadi selepas beberapa treatment (setelah ade mood akn kembali bercerita), saya disahkan menghadapi PCOS. perasaan?? takde perasaan malah semakin positif. Antara faktor lainnya ialah dorongan suami dan persediaan menghadapi ape jua keputusan darah. yes, now officially i'm pcoser.
setelah disahkan ade pcos, doktor bagi metformin.so, baru start makan hari ini. hopefully sangat member2 yang se'kapal' ngan saya dapat berkongsi ilmu dan pandangan serta SEMANGAT kepada saya. drop comment pun i really appreaciate :)
saya akan update treatment saya selepas gugur haritu. sebab saya rasa info mcmni sangat berguna.

start new :)

yes!!
i'm started to blogging again. rasa memang perlu berbloging buat masa ni setelah sekian lama tinggalkan dunia wordpress.rindu sangat-sangat pada blog, tapi apa kan daya...

tujuan nak berblog balik pun nak meluahkan rasa hati, berkongsi rasa. sbb kalau pendam rasa sekian lama, ada hati yag terluka.eceh,ok.nak refresh dunia baru ni.

so,plz support me,okeh :)