kumpul.kumpul.

Saturday 30 July 2011

ta'aruf diri.

salam.
agak poyo sibuk follow orang pastu orang tak follow kite balik pastu perasan sorang-sorang ade blog yang best.haha. terpaksa memulakan blog baru setelah blog yg dicintai sekian lama mendiamkan diri, sejak..erm. tu kite citer nanti boleh tak?
ok.
awak, awak dan kamu serta kamu boleh panggil saya azie. saya sekarang berumur 27 tahun dan masih dalam penantian mengharap rezeki yang satu iaitu zuriat setelah 2 tahun brkahwin. pernah pregnent, tapi rezeki tu sebentar sahaja setelah disahkan gugur ;(.
baru tadi selepas beberapa treatment (setelah ade mood akn kembali bercerita), saya disahkan menghadapi PCOS. perasaan?? takde perasaan malah semakin positif. Antara faktor lainnya ialah dorongan suami dan persediaan menghadapi ape jua keputusan darah. yes, now officially i'm pcoser.
setelah disahkan ade pcos, doktor bagi metformin.so, baru start makan hari ini. hopefully sangat member2 yang se'kapal' ngan saya dapat berkongsi ilmu dan pandangan serta SEMANGAT kepada saya. drop comment pun i really appreaciate :)
saya akan update treatment saya selepas gugur haritu. sebab saya rasa info mcmni sangat berguna.

No comments:

Post a Comment

buih-buih kata :)