kumpul.kumpul.

Thursday 8 December 2011

perawat sentap #1

 Sengih.
Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin & tinggal masa utk thempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dlm pesawat tsebut..

Penumpang pertama berkata:
"Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat mmerlukan aku dlm kejohanan All England." Lalu dia pun mengambil beg pertama & terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata:
"Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup." Lalu mengambil beg kedua & terus terjun.

Penumpang ketiga muncul &bkata:
"Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab utk mjaga negara & rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yg tpandai dlm sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla.." 10 minit blalu, dia mengambil beg ketiga & terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden bkata kpd penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

Katanya:
"Aku seorang Muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tsebut & selamatkanlah diri kamu."

Lalu budak tersebut pun berkata:
"Jangan bimbang pakcik, ada satu lg beg payung terjun utk pak cik. Presiden yg kononnya tpandai dlm sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya."
Hehe.. =)

perli ke sensitif??

sudah banyak motivasikan diri elak diri terlalu tersentap.

Perbualan antara saya dan sorang yang baru sahaja bergelar ibu.

situasi yang nak menyentap hari ini.


Saya : Penatnye. ramai orang datang tengok mak dan bapak baru balik haji.

si A  : Enjoy je. Mesti akak selalu dapat soalan cepumas kan dari orang datang. hihi
( mula-mula nak buat tak paham ape maksud cepumas kat situ, tapi nanti buat sakit hati je, terus buat-buat paham)

Saya  : Tak jugak.

si A  : Takde? Bagusnye. Kalau kat sini, janganlah. Beza kot kampung dengan bandar.
( Dia duk kampung, saye bandar)

Saya  : Depends on orang la. Kalau die paham rezeki tu dari Allah, dia takkan persoalkan.
(sekaligus nak perli budak ni balik)

si A  :  Betul. kita dah usaha kan. rezeki belum sampai lagi.
(ayat nak cover)


Rasa lega dapat jawap macamtu.

Wednesday 30 November 2011

kisah cuti

salam.

Dua minggu start bermulanya cuti sekolah, telah dihabiskan berada di KL, rumah parentsku. Sebab my parents still ade di Mekah dan Madinah. So, saya yang telah ditugaskan untuk menjaga tok saya yang sakit. Tak mampu makan sendiri atau menguruskan diri sendiri. Jadi terpaksalah berpisah sementara dengan encik hubby yang disayangi tu. Suami tinggal di rumah familynya dan saya di rumah family saya. Raya haji pun terpaksa sendiri-sendiri. 1st time tau ;(

So, nak hilangkan  rasa kebosanan ni mula lah buat percutian budget saya ke lokasi percutian saya ini. Setakat ni sume dah buat, suami dah amik cuti seminggu, dah booked hotel, kete sewa dah tempah, budget dah buat, restoran mane nak pergi dah senarai, barang apa nak beli dah tulis. Cuma sebab last pergi time kecik lagi, belum sekolah lagi, makanya tak dapat membayangkan keadaan di sana. Tengok internet dan baca blog-blog orang jela mampu. Dan saya sedang berdoa agar BP tak banjir sebab kalau banjir otomatik cuti suami kene batalkan. huuu~

Dan sekarang baru sedar ke'best'an mengumpul fridge magnet. Percutian yang sebelum-sebelum ni alahai ruginya tak beli fridge magnet. So, boleh belek2 peti ais tengok tempat mana yang saya belum lawati lagi.hee.

Korang-korang, kasi lah tips atau ape-ape yang saya perlu ketahui untuk percutian kali ini. Kalau ade blog review ttg percutian ke sini lagi bagus. TQ sumer :);):)


                                                                  ihsan pakcik google

benarkah lelaki dari negeri X kurang rajin?

sapu jap blog yang agak bersawang.

Sebelum nak mula menaip isu yang agak hot kalo nak dibincangkan di FB, saya nak bertanya untuk mereka-mereka yang expert bab BB (blackberry) ni. Soalan saya: Dulu saya amat rajin update blog through BB. But, sesuatu telah berlaku, *cis, macam mndebarkan pulak* .Bila bukak blogspot then nak posting, die tulis "Your browser is no longer supported by Blogger. Some parts of Blogger will not work and you may face some problem". Camne nak buat eh?


Sape bijak, sila selesaikan masalah saya ini.TQ

Ok, masa untuk kembali kepada tajuk asal. Saya terlebih dahulu mohon maaf kalau ada sesiapa terasa tentang tajuk ni. Bukan nak bersikap kenegerian, tapi cuma nak lontarkan pertanyaan. Sebenarnya sejak seseorang menceritakan masalah yang berlaku dalam rumahtangganya, buatkan saya terfikir hal ini.

Perkara ini berlaku kepada 2 orang terdekat dalam keluarga saya: kakak dan adik ipar saya, iaitu berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri X. *rasa tak perlu sebut negeri mana kot, anda boleh pk kan*. Bukan nak mengaibkan atau nak membuka pekung, saya memang berniat nak berkongsi idea dan pengalaman dengan kawan-kawan semua. No hard feeling ok.


Situasi kakak: Masa mula-mula kahwin, dia pernah bercerita pada saya tentang suaminya yang tak berapa pandai buat kerja rumah. Masa tu saya belum berkahwin, bagi saya itu perkaa biasa. Bukak kain, then tinggal je kain tu kat tempat die londehkan tu padahal bakul sebelah je. Setelah beranak pinak, bila anak menangis, suami mula panggil akak saya untuk pujuk anaknya, bagi susu ke asalkan anak berenti menangis, padahal akak saya sedang sibuk buat kerja lain.Then, masa akak saya baru sahaja melahirkan anak ke2, sewaktu akak saya nak balik ke rumah die, *berpantang dirumah keluarga saya*, akak saya yang kehulu kehilir kemas barang masuk dalam beg, barang anak-anak, barang suami sampai kul 2-3 pagi. Tu pun boleh dibuat setelah anak-anak tidur. Tiba-tiba anak menangis, suami yang sedang tidur ketika itu hanya panggil sahaja akak saya supaya menyusukan anaknya. Saya pada ketika itu, rasa belas sangat pada akak saya. Dulu lepas makan, pinggan atas meja, sekarang dah berubah skit.


Situasi adik ipar: Selepas je kenduri kawin mereka, kami adik beradik tertonggeng-tonggeng kemas selepas kenduri, suami adik ipar saya ni boleh pulak duduk dalam rumah. Mase tu rase, mungkin die penat kot. Then, semalam adik ipar saya mengadu pada saya. Adik ipar saya ni baru lepas bersalin. Berpantang di kampung, then balik je rumah asal mereka peti ais barang-barang dh kering tidak brbuang, bawang busuk tak dibuang, inti berhabuk, toilet licin, katil bersepah, cd bersepah, baju dah sebulan tak berlipat. Uisk, saya dapat bayangkan keadaan rumah masa tu. Dengan bawa baby yang baru lahir tu. Adik ipar saya sendiri mengaku suaminya tak rajin tolong. Kalau anaknya menangis, terus bagi isteri pujuk, walupun si isteri ni penat. Suaminya juga kerap keluar rumah malam jumpa kawan-kawan. Baby menangis-nagis sampai jiran datang jenguk.


Dan, saya pernah mendengar bahawa lelaki dari negeri X ini telah dilatih dan dimanjakan oleh mak dieorang yang kerja-kerja yang berkaitan rumah, dapur dan anak ini adalah kerja perempuan. Makan dihidang siap, pinggan mak yang basuh, tinggal tangan je asuh sendiri. Bab-bab mengemas ni memang tak la dieorang nak buat. Manakala perempuan pula dilatih dari kecik untuk uruskan rumahtangga 100%. Sebab tu ade orang kata lelaki negeri X memang akan cari perempuan dari negeri X dan tinggal di negeri X. Betul ke?

Kalau sape-sape ade pandangan, silalah berkongsi dengan saya sebab otak saya ni mula nak give bad perception pada lelaki-lelaki dari negeri X. yes, my hubby is not lah too rajin, lelaki is lelaki. Rumah yang kite nampak serabut pun die leh kate ok. Bagi saya, alhamdulillah suami saya banyak memmbantu walaupun tak perfect mana. Cukuplah kita tersenyum atas cubaan dia untuk mengurangkan kepenatan kita.

Dan saya nak mintak pendapat pada siapa-siapa yang sudi bantu saya. Apekah kata-kata nasihat saya pada adik ipar saya selain dari suruh dia bersabar? Perkahwinannya baru setahun jagung tapi dah ditimpa masalah yang berat untuk ditanggung. Mereka juga sebelum ni pernah bergaduh besar sehingga 2minggu lamanya dan ketika itu adik ipar saya tengah pregnent. Tapi  saya rasa tak perlu nak nyatakan di sini kot.

p/s: ok. setelah tak update berapa sikit punya lama, keluar-keluar entri je terus masalah.huhu.okeh, lepas ni entri yang mengembirakan pulak :)

Sunday 13 November 2011

Takdir Allah

.. ♥ Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA....
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...

TETAPI,

Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
 WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapakannya,
Kita TETAP TIDAK AKAN mendapatkannya .. ♥





Wednesday 9 November 2011

Petua Untuk Memperoleh Zuriat


AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.


p/s: Jom kita amalkan jom :):):)

Thursday 20 October 2011

Bayi Ajaib dalam kandungan







BAYI AJAIB DALAM KANDUNGAN

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)

sumber =Misteri & keajaiban alam

P/S: Subahanallah. Tertarik sungguh dengan kata-kata yang di bold kan :)

Mahu hilangkan STRESS ??

Sedang stress...??

Mahu hilangkan stress...??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yang menceritakan seorang yang Stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA utuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.


SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!! SIAPA BAPAK ANAK-ANAKNYA???....


hehe, stress tak?? nak tau stress ke tak, sila lihat gambar di bawah.






LIHAT BAWAH LAGI....





........

.....


..



.







jika anda renung baik2, dot dot kuning tu x bergerak, tp klu anda tgk ia bergerak2 bermakna anda dlm keadaan stress....bawaklah berehat...

Thursday 13 October 2011

sensitif

salam.


Tak pernah sehari pun dalam fikiran ni tak teringat pada keinginan memiliki zuriat. Lebih-lebih lagi semasa bersendirian. Sentiasa memikirkan punca dan sebab mengapa masih belum dikurniakan zuriat. Masalah kesihatan ataupun sebagai kaffarah dari Allah atas kesilapan dan kealpaan yang dilakukan?Bila dalam toilet lagi kuat bayangannya. Terbayang saat-saat buat UPT dan disahkan +ve. Terkenang saat-saat bleeding dan duk mencangkung melihat darah yang mengalir bagai air paip dan disahkan keguguran.Erm.

Sentiasa memikirkan dan membayangkan perasaan orang-orang terdekat yang mengandung. Ada alahankah mereka? Mengidamkah? Nampak kereta mereka pun dah membayangkan kegembiraan mereka ketika mengandung.Belum lagi apabila mereka mengembar-gemburkan tarikh due mereka. Seaakan jantung ini tak berhenti berdegup  kencang membayangkan saat-saat mereka yang makin hampir membelai lembut kulit bayi mereka. Terasa erat genggaman jari suami memegang dan memberi kata semangat untuk bertarung nyawa mengeluarkan bayi dari rahim.

Hampir menitis air mata saya, apabila melawat bayi yang baru dilahirkan. Tak berkelip mata melihat indahnya ciptaan Tuhan. Allahuakbar. Gerak wajah, tangan, kaki semuanya kelihatan sungguh hebat. Terbayang saat ketika baru melahirkan bayi kemudian memeluk dan menciumnya buat pertama kali dan diberi kesempatan menyusukannya. Allahuakbar.Terlihat suami yang tersenyum dan memeluk erat dan mencium bayi. Bahagianya rasa. Teringin sekali bergelar, ibu. Kini, masih menunggu kesempatan yang Allah akan  berikan buatku.

Saya bukan mengeluh. Bukan jua menangisi rezeki yang masih belum dikurniakan Allah. Tapi sesekali otak ni belum pulih untuk terus melupakan hajat mahukan anak. Masih belum dan saya rasa tak akan lupa walau sedetik pun. Setiap masa, setiap ketika akan membayangkan saat-saat gembira tatkala mengandungkan zuriat, tatkala melahirkan dan membesarkan anak dihadapan mata bersama-sama suami. Kadang-kadang nak elak dari banyak mengeluh, saya membayangkan apa yang akan saya lakukan apabila ada anak kelak. Tersusun elok perancangannya.

Allahuakbar. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. Kau makbulkanlah doa kami ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang sihat, sempurna dan bimbinglah kami mendidik zuriat-zuriat kami agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Kami manusia hanya mampu merancang dan Engkaulah sebaik-baik perancang.

Sunday 2 October 2011

Allah, berikan dia kekuatan :(

Menangis bila membaca dan menghayatinya.
Sekadar untuk berkongsi rasa dan doakan ketabahan baginya.


Ya Allah, berikan dia kekuatan. Amin. Amin. Amin.

pernah terfikir tak?

salam readers.


Pagi tadi otw ke sekolah ada dengar berita tentang seorang bayi yang dibungkus dalam beg dan dibuang didalam perigi.



Mayat bayi perempuan dibuang dalam perigi

02/10/2011 6:17pm

KOTA BHARU 2 Okt. – Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di dalam sebuah perigi kebun getah di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini pagi ini.
Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, kira -kira pukul 8 pagi ketika dia ingin membersihkan dirinya selepas membuang air besar menggunakan air perigi tersebut.
Menurut Tuan Mat, sewaktu mencedok air perigi itu yang dalam kira-kira lima meter menggunakan baldi, dia tiba-tiba ternampak sebuah beg pakaian terapung dan tertutup rapi.
Selepas diperiksa, dia mendapati beg itu mengandungi mayat seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu. – Utusan




Lantas otak ni ligat berfikir.


"Kan best kalau baby ni dibuang didepan pintu rumah aku, leh aku amik jadi anak angkat. Ehh, tak boleh. Sebab nanti still kena bagi baby tu pada JKM lepas report polis . So, tukar fikiran"

Fikir lagi.

"Kan best masa "perempuan" tu nak buang bayi ni depan rumah aku,aku tengah bukak pintu.Lepas tu aku nampak "perempuan" tu letakkan bayi tu. Sempat aku panggil budak tu balik dan meminta diberi kebenaran untuk menjaga, mendidik dan membesarkan bayi ni sebagai anak yang solehah. Siap bawak "perempuan" ni ke Jabatan Pendaftaran (yg hanya berapa kaki dari rumah) dan daftarkan bayi ini. Then aku amik jadikan anak angkat" (ok,citersaya sikit punya macam drama)

Tapi, serious. Sebelum dengar berita macam ni lagi, saya memang dah buat perancangan andainya ada bayi yang diletakkan dihadapan rumah saya. Yang tak tahan siap tanya suami lagi "Bang, kalau ade orang buang baby depan rumah, kita amik ek". Konfiden tahap tak henggat.Heheh.Suami pun konfiden jawap "A'ah, kite amik, bela tau" Hehe.


dan kepada "perempuan" : Tolonglah korang, sebelum niat jahat korang yang ingin buang bayi tu, silalah tengok2 internet tu cari orang-orang yang sanggup bela. Kalau malu nak tunjuk muka, guna orang tengah. Sekurang-kurangnya berilah kesempatan untuk bayi tu bernafas dan dan dididik sebagai insan berguna.

Sekian angan tak sudah buat hari ini :)

Thursday 22 September 2011

musim rehat TTC-ans (update)

ok. sedikit "terharu".

Sebab post yang patut di post hilang. ni sume angkara menaip pakai bb. Tah ape kejadah, bila tekan post, terus tinggal tajuk sahaja. Akhirnya seperti yang dapat anda lihat, 2 tajuk kelur tanpa dipaksa, pastu cari button delete dlm bb tak jumpa, akhirnya biar sahaja, sampailah terbawa-bawa dalam mimpi. haish.Alang-alang di rumah mertua yang ade line sikit punya baek ni, ape lagi, saya cuba update ape sebenarnye yang saya tulis.

Ok. sambil menaip, sambil bukak youtube pastu tengok2 fb, sebab tak boleh fokus. Pasni kalau bermasalah update through bb, maknanye, lambat lah saye update blog lagi pulak area rumah saya mmg masalah ngan line internet.huk.

Ramai pulak dikalangan TTC lately yang dah keluar group. Actually ramai yg mengharapkan akan 'terkeluar' dari group ini dan bakal beramai-ramai join group MTB (mother to be). InsyaAllah. Amin. Tunggu giliran masing-masing ok :)

Sebenarnye nak cerita hal beberapa rakan ttc-ans kita ni nak me'rehat' kan diri dari TTC. It's ok, sebab itu terpulang pada pendapat dan pendirian masing-masing. Masing-masing ade resons sendiri kn. Termasuklah saya yang dah start skip appoiment doctor. woho!

Tapi, apa pun, kita tetap akan terus berusaha ok. Secara tradisional mahupun modern. TAPI, aktiviti BD adalah wajib. Kalo buat treatment pung pang ke hulu hilir pastu takde BD, camno tu??hehe.

Oleh sebab itu, saya sudah beli / sedang intai beberapa perkara:


pertama:
GUARDIAN digital weighing scale

 Dah lama usha-usha menda alah ni. Nak cari yang ade BMI, kadar lemak etc, dah siap survey, tapi harga boleh tahan rm 180.00. Pastu jumpe kat Guardian, gambar seperti di atas, usha 2 kali, mintak izin suami pastu baru beli. Mula-mula nak try encik suami takut benar. Sebab takut pecah. Heheh. Even kecik, tapi leh tampung berat sampai 150 kg. Harga : RM 38.99. Fungsinya adalah untuk memastikan berat badan tak naik, tapi turun (kununnya).Setiap minit nak naik mende alah ni. Lepas minum, naik. Lepas makan, naik. Lepas mandi, naik. Sampai menda ni kalo leh jerit "Oi, sudah-sudah la tu naik aku!" haha.


kedua:

                                                 sumber : http://hamilshop.com/fertilitea/6/
                                                        Digital basal Thermometer

Ini sebab angkara dan keinginan yang melampau nak sukat suhu sendiri. Start cycle minggu depan. InsyaAllah kalau belum berhasil pregnent lah. Pastu sekarang tengah melilau-lilau cari cara penggunaanya, Anyone?? Boleh tinggalkan link yang sesuai dirujuk oleh saya tentang pengginaan BBT dlm ruangan comment. Harga: RM 55 termasuk postage. Fungsi: sukat suhu. Nak tau time ovulate.

 ketiga:
                                              sumber:  http://mummy-wannabe.blogspot.com/
                                                                    ovulation test

Dulu pernah beli sekali.Lepas tu tak tau nak pakai macamne. hentam sahaja. pastu bagi suami suh bakar sebab tak paham. Hahah. Ok, sekarang dah ade sedikit kebijaksanaan. Maka mula beli brsama encik suami lepastu mcm tak sabar nak pakai. Ini pun pakai untuk cycle akan datang. (mintak-mintak lepas brsalin nanti. hehe) Harga: RM 58. (oh, agak ragu-ragu letak harga. Tak ingat) Fungsi: Check bilakah waktu akan sibuk untuk berBD.

keempat:


                                                             sumber : FB kak Nini Hadi

Supplement untuk PCOS patient. Isi set ini adalah  Habbatus Sauda Tabs Capsule, Minyak Zaitun Tabs Capsule, Saw Palmetto dan Vitamin E. Harga: RM 170 tak termasuk pos. Ini saya macam berminat. Suami pun dah izinkan nak beli. Lepas ni makin banyak la pil yang harusssssss ditelan *redha*


Ok. dekat sejam dah buat entri kali ni. Nak gi ushar Memay kahwin sat. Jumpa lagi... :) Opssss...ade lagi.

Lupa nak jampi. Moga saya, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu akan pregnent bulan depan. Fuhhhh *kasi tiup skit *



Monday 19 September 2011

baby dance @ body dance

salam semua.
Adalah suka dimaklumkan bahawa tajuk kita pada hari ini bukanlah bertujuan untuk kelucahan melampau. Cuma sekadar berkongsi cerita dan pendapat. hihihi :) Kalau terlucah ke ape, teguran membina amat dialu-alukan.

Merujuk pada tittle di atas (cikgu BM tu), saya barulah berjinak-jinak dengan terms TTC ni. Macam shomel je sebut baby dance, tapi kadang-kadang ade baca body dance. Agak keliru. Tapi singkatannye tetap sama iaitu BD. Boleh ditukarkan kepada Bedah Dance ataupun Berdansa Dance.Haha.

Kita ni mesti sibuk nak kira waktu-waktu subur kita, dan kalau boleh mesti nak bersama dalam waktu-waktu subur tu. Tapi kan..tapi... suami kita pulak macam mane? Adakah die faham yang kita nak ber BD?

Dulukan saya pernah tanya kat senior saya, "Akak, kalo nak BD, akak pernah tak start dulu? (i mean mintak pada suami). Then akak tu jawap " Tak pernah, selalunye suami yang start dulu". Lepas tu terus set dalam mind saya bahawasanya BD ni suami yang akan start dulu. Isteri duk diam-diam jangan nak mintak-mintak. Haha.Dalam otak ni setting kalau mintak nak BD dengan suami, mcm gelojoh pulak ;p

Lagi satu, perasaan malu tu macam menebal sangat even dah duk serumah bertahun. Bile tak dapat BD masa tarikh-tarikh jangkaaan subur, pagi tu bangun mesti muka monyok pastu macam nak marah-marah suami. Suami yang naif tak paham keinginan yang tak diluahkan tu pun, macam stress tgk kite bad mood tanpa sebab. Haha.

Tapi sebelum kahwin lagi daripada pembacaan, tak salah si isteri memulakan untuk ber BD. Pepandailah cara korang nak tarik perhatian suami. Kalau tak kena masa, penat korang berusaha, suami pulak siap berdengkur kat sebelah. Haha.

Salah satu jalan penyelesaian jika anda berada dalam situasi ni ataupun situasi shy-shy cat nak mulakan berBD terutamanya pada tarikh-tarikh subur anda, haruslah memulakan langkah berikut. Ini juga penting kalo anda nak BD pada SETIAP hari pada jangkaan hari-hari subur korang:

1. Bagitau pada suami, tarikh begini begini adalah tarikh subur korang. Kalo suami buat muka blur tak paham, korang pun kena lah bukak buku sains form 3 terangkan apa itu tarikh subur.

2.  Lepas tu bagitau suami, yang dah terdapat tanda-tanda yang korang sudah hampir kepada ovulasi. Contoh, keluar EWCM, buat OPK +ve, carta BBT dh mncatatkan suhu terbaik ovulasi dsb. Pastu hint-hint la sikit moga-moga suami ready nak BD hari-hari tersebut.

3. Tidur di awal waktu. Ini amat penting supaya suami dalam keadaan tak terlalu letih atau mengantuk. Si isteri haruslah siapkan kerja-  kerja rumah sepantas mungkin awal skit dari hari-hari biasa. So, bila dah berbaring tutup lampu tu, apelah kerja yang boleh dilakukan sangat ;p. Bolehlah korang berbual-bual dan seterusnya (anda sambung sendiri)

4. Memandangkan anda mahu bersama SETIAP hari pada waktu subur anda, maka tidak mustahil korang akan rasa penat ataupun macam sikit 'bosan'.  Jadi, kalau lepas letak kepala lepas tu tertidur terus, pastikan anda set jam awal dari waktu kebiasaan anda bangun, supaya anda akan bangun dan berBD pada pagi sebelum subuh.

Tapi, perkara begini ade risiko. mungkin suami korang akan start berharap yang korang akan mengandung pada bulan berikutnya sebab usaha dah bermati-matian bersungguh-sungguh.. Jadi, persiapkan mental dan fizikal suami anda in case UPT still -ve.Lepas usaha tempoh jangkaan ovulusi akan berlaku, mesti korang nak rest kan. Tapi, jangan abaikan perasaan suami bila dia pulak nak BD dengan kita selepas tempoh ovulasi kita. Kesian dia ;(

Ini adalah usaha kita. Terpulang pada suami paham ke tidak tujuan sebenar kita. Lagipun BD kan satu ibadah :)  Sebab tu pentingnya suami faham dan on the right track brsama kita untuk mendapatkan zuriat. Tanpa suami, siapalah isteri untuk pregnent, dan tanpa isteri, siapalah suami utk jadi ayah (pepatah baru).

Ingat! Kita ber BD bukan untuk zuriat semata-mata, tapi melaksanakan tugas kita sebagai isteri dan menjadikan BD sebagai ibadah. BD adalah usaha terPENTING dalam menghasilkan zuriat dengan izin Allah. Moga-moga cycle berikutnya anda akan tersenyum dengan .......


vvvvvvvvvvvvvvvvvv


vvvvvvvvvvvvvvv


vvvvvvvvvvv

vvvvvvvvv

vvvvvv




vvvv




vvv





vv






v





                                                                POSITIVE !!! :)

Wednesday 7 September 2011

berapa kali kena?

salam masih Syawal.

Tahun ni selamber je tak bagi ucapan raya kat FB ke blog ke. Tapi, perlu ke? Tah, mybe sebab mood raya macam terganggu skit, tu sebab mood menulis ucapan boleh terganggu.

Orang selalu cakap, kalau masa sebelum "hari kejadian", kita exited sangat atau gembira semacam, nanti masa "hari kejadian" kita akan sedih atau berduka dan kalau sebelum "hari kejadian" kita dah berduka dan tidak teruja, maka masa "hari kejadian" kita akan gembira hip hip horray gitu. So, sebab mood nak beraya saya dah tergendala since sebelum puasa lagi, so, saya meletakkan harapan bahawasanya raya saya nanti akan jadi menarik dan lebih teruja. Boleh camtu?

 Sebenarnye lama dah nak post menda ni.Tapi sebab Nazir nak datang sekolah lepas raya which mood raya pun belum reda lagi, so, terpaksa tergendalakan posting dulu. Siap Nazir masuk kelas ok.Jadi kepala satu hari pusing.

Isu yang ingin saya bincangkan di sini ialah (ayat nak skema) ilah, BERAPA KALI KORANG KENE SOALAN PETIR?

ok.ok. saya nak jawab! Saya nak jawab! (memang saya yang kena jawab)

Bersempena sambutan 6 Syawal,maka 6 soalan petir yang berjaya ditanya kepada saya. Sebahagiannya encik suami yang tolong jawabkan. So sweetttt :) Ini semua gara-gara saya asyik mengeluh takut nak balik kampung nak menghadapi soalan-soalan begini. Suami iye-iye cakap nak tumbuk sape yang tanye. (dapat saya bayangkan die tumbuk orang-orang perempuan). Pastu suami cakap jangan duk jauh-jauh dari die, so die leh tolong jawabkan soalan petir itu.

Soalan pertama dari seorang nenek tua, ataupun lebih kepada penyataan (takkan suami saya sanggup tumbuk kot?):
" Tahan ye korang berdua aje?" Maksudnye, boleh ek korang idup berdua, sampai sekarang tiada anak lagi.
Saya macam biasa, tertunduk menyengih, dada sebak. Si suami dengan penuh bersemangat jawabkan " Belum ade rezeki lagi nek, mintak nenek doakan, doa orang-orang tua ni cepat makbul (nenek tu terasa tak suami cakap nenek tu tua?). Lagipun bulan 12 aritu die keguguran" Pastu nenek ni jawab. "Iye, belum rezeki kan. Nenek akan doakan. Ade orangtu anak belum setahun, dah mengandung lagi, pastu anak yang baru lahir terabai bla...bla.. bla....". See, orang yang mengandung ade anak pun kena jugak. Biasalahkan, hidup. Part yang paling mengharukan bila nak balik masa salam, nenek tu sentuh perut saya, then cakap " Nenek doakan dimurahkn rezeki, dapat anak" Terharu betul. Moga doa nenek tu dimakbulkan Tuhan :)

Soalan yang lain-lain saya tak ingat sebab ada yang berbentuk pernyataan tanya pada suami macam "Anak ko bape dah sekarang?" So, suami lah yang jadi tukang jawab. Hehe

 Soalan terakhir ditanya setakat ini, yang terakhir adalah pada 6 Syawal oleh makcik suami :
" Belum ada lagi ek?" Saya macam biasa tertunduk sambil tengok air. Kali ini suami sibuk makan kacang, so, saya kene jawab dengan pantas. "Belum lagi". Agaknya makcik tu perasan perubahan, terus die cakap " Makcik dulu pun 2 tahun tunggu nak mengandung". See, orang yang tanya-tanya kita pun dikalangan TTC jugak :)

Tapi saya perasan, bila soalan-soalan begini diajukan, mesti lepas tu sume terdiam. Padahal sebelum tu rancak berbual, bile soalan tentang pregnent ni dibangkitkan, mesti lepas saya jawap jawapan pendek "belum lagi", sume akan macam blur.diam. Pastu puas nak cari satu isu baru nak diborakkan.

Allahmdulillah, tahun ini Allah bekalkan saya dengan kekuatan nak menghadapi soalan-soalan petir. Samada soalan mereka tak berapa menyengat ataupun saya yang tak kisah, saya pun tak pasti. Yang penting takde secalit rasa terkilan bila dieorang ajukan soalan macamtu. Tapi dalam kepala ni dah pikir macam-macam macamnelah tahun hadapan. Moga-moga saya akan diajukan dengan soalan, "Dah berapa bulan anak ko ni" takpun "bila due?" hehe. Amin.











Wednesday 24 August 2011

nak nagis,boleh?

Nak tumpang bahu jap,boleh tak??

Saya ingat saya cukup kuat bila mnghadapi soalan-soalan petir masa raya ni.

Saya ingat air mata saya takkan tumpah bila orang pertikaikan nape masih berdua.

Saya ingat saya brtabah mnahan emosi bila orang pelik nape saya belum prgnent lg saat ni.

Tapi, saya rupanya belum kuat..

Bila sorng cikgu tanya,"anak awak bape orang?"
Mase ni ttibe darah mnyirap.kumpul sume kekuatan dgn mnjawab "belum ade lagi". Then he replied "eh,yeke.ingatkn dah ada".

Ops,ni soklan belum tahap maut lagi,tapi air mata dh brgenang ni.mcmne nak hadapi lagi soklan2 maha petir ni???

Nak nagis boleh?

Saturday 20 August 2011

bertahanlan TTC-ans!!

Erm.
Raya tinggal beberapa hari lagi.Teringat tahun-tahun kebelakangan ni.begitu exited mnyambut raya.satu perasaan yg sukar diungkap dengan kata-kata.gembira sangat2.

Tapi,

Tahun ni rasanya sangat berbeza.bahkan sebelum Ramadhan dah terasa getarnya nak mnyambut Syawal.Kenapa?Saya rasa saya tak perlu jelaskan.mungkin ada di antara anda brperasaan seprti saya :(

Saya cuba kembalikn perasaan gembira itu.menyediakn baju,mengemas rumah,mmbeli perabot,kuih-muih,segalanya untuk mlupakan sbntar rasa tidak enak dlm jiwa.Saya tak jadikn Syawal sebagai fokus,tapi saya nak perbaiki amalan dalam Ramadhan.

Keinginan saya begitu membuak2 ingin bertemu lailatul Qadar.Lidah ni tak putus-putus brdoa agar dkurniakan zuriat.Moga doa saya dan kawan-kawan diangkat dan dmakbulkn Allah.amin.Jadi,besar harapan saya agar dapat menempuh 10 akhir Ramadahan ini dengan penuh rasa kecintaan dan kehambaan kepada Allah.Ya Allah,makbulkanlah doa kami.

Dan,

Saya juga brdoa agar dlembutkan hati mereka2 yang kadang2 tak paham atau cuba untuk tidak memahami jiwa kita yang sedang menanti zuriat.Moga2 mereka faham situasi dan emosi kita.Agar mereka brdoa agar dimurahkan rezeki kita menimang cahayamata.

Moga Allah beri kita kekuatan untuk menghadapi apa jua yang akan datang lebih2 lagi musim perayaan ini.Wahai ttc-ans,BERTABAHLAH!!!

P/s: Andai ditakdirkan satu hari nanti kita diberi kegmbiraan dengan rezeki zuriat, jangan sesekali kita mnguris hati dan perasaan ttc-ans.Belajar dari masa lalu.Panjatkn doa,agar diberi rezeki zuriat.Allah juga maha mendengar dan mmakbulkn doa.amin.

Thursday 18 August 2011

rasa happy ke sedih?

Saya ni suka sangat konflik emosi.heheheh~

Saya baru balik dari hospital untuk scan telur.means hari ke 12 period. Siang tadi mase nak pee pee,sy prasan ada mcm egg white kt my panties (isk,mcm lucah plk citer),sy pun tak pasti.takkn hari ke 12 kot?erm...

Ok,saya bayangkan pas maghrib baru turn saya sebab ms appoiment yang lepas,teramat la lame saye mnunggu.dekat 4 jam.tapi alhamdulillah,sy tunggu dalam 20minit,then my name was called.

Perasaan brcampur baur sbb takut.tahla,tp bile tgk muka doc tu tetiba jadi redha.Doc nak buat TVS dan suh saya ready.Bila scan die kate rahim saya ok dan baik.Lega.Then die tunjuk ada 1 telur (bape tah size die) kt ovari kanan.ovari kiri takde (sedih).but...ade tapinye.telur tu dah tak bulat,means dh mnetas (mcm ayam daa) ataupun tak sihat.erm.saya mcm sedih ada.tapi lebih kepada redha.2,3 hari sblum ni saya bnyak bagi kata2 smangat pada diri sendiri in case jadi mnde2 yg mnyedihkn. Doc pun ckp, ade orang tak keluar telur langsung.so,don't be sad.kalo kite rase sedih,mungkin ade lagi yang akan sedih.redha.tapi next cycle ade kmungkinan ke telur brtambah dan baik? Lupe tanye doc tadi. Doc cakap,kalo period next month,dtg ms ari ke 2 menses,samada nak naikkn dos clomid atau rest dulu.yela,I follow.

Tapi saya takla depress or sedih.sbb doc bukan Tuhan nk tentukn rezeki zuriat.ape pun doc cakap,kalo Allah cakap kun fayakun,maka akan trjadilah die.nak depress pun tak guna.kalo depress pastu esok leh kuar anak,saya pun nak ;p

Lagi satu pnyebab saya tak bape sedih atau kata lain,happy skit,sebab berat saya turun lagi 2kg.macam tak percaya sebab balik KL aritu harusla makan masakan mak yg sedap2.huhu.Doc pun cakap suh control makan time raya.huh!azam mesti KUAT!

Meaning misi Ramadhan saya sudah tercapai even blum abis bulan puasa lagi.TAPI,tolong jangan kasi itu berat naik,ok? teruskan usaha!!!

Mari kita raikan dengan ayam golek. ERK??!!


Tuesday 16 August 2011

tekanan!

dah taip baik punye,ilang pulak post.malas nak taip balik,so baca ni bagi menghilangkan tekanan mental dan fizikal.hehe ;p
Anak : Mak apa dlm perut mak tu?
Mak : Adik kamu la
Anak : Mak benci adik ke?
Mak : Mak tak pernah benci anak2 mak.
Anak :Dah tu, nape mak telan dia?
Mak : kalau mak tampar kamu. Jangan tanya pasai apa ye... Huhu

Wednesday 10 August 2011

menu Ramadhan 10

Menu Ramadhan 10
Sahur: susu dutchlady strawberry
T/hari: susu dutchlady strawberry
Brbuka: 2 ikan kembung stim

Workout: 30mins, speed 4 (sbb makcit p),210 kalori burn,5 running track


Tekak ni macam kembang je.aish.

lambat betul effect metformin ni pada badan.baru la nak muncul padahal dah bape ari makan.mybe effect clomid la jugak ni.mual-mual,cecirit,pening,peluh2.erm,redha :)

status fb: saya nak anak.

Pergh.
Status berani mati yang dipost di wall fb.

Oleh kerana saya suka bertanya tanpa suka ditanya,maka saya nak tanya,korang pernah tak luahkn perasaan,emosi,keinginan cahayamata dlm status fb korang?

Me??

No.never.I don't want they to know,hopefully :(

Tahla,dalam kepala otak ni asyik pikir je kalo kite citer masalah kite,mesti orang yang dengar tu akan gelakkn kite sebab kita ada masalah.so,how?

Even setiap kali nak post something kat wall,mesti baca and pk banyak kali samada post itu akan mngundang spekulasi tak tentang perasaan saya as ttc-ians kepada friends n readers yang lain.

contoh la kan,ayat saye mcmni "I feel dizzy and want to throw up".so,pastu confirm comment "eh,ade gud news ek?",takpun,"ehem2,dah berisi kot". Pastu apekah komen yang sesuai untk dreply oleh kite?padahal pening dn nak muntah tu maybe atas faktor2 lain.

Ataupun ayat macamni "Bestnye ade baby".hiuk,lagi tak berani nak buat.rasa macam orang yang bace post tu gelak-gelakkn saya sebab belum ada baby.

Ataupun post yang berbaur kegembiraan "syukur,happynye hari ni".what u expect? Padahal nak express rasa gembira sebab dpt bonus belum lagi baby :( pastu komen yang datang mesti sama macam ayat diatas.sedihh.

Dan ayat-ayat di atas direka oleh saya sendiri.
Payah jugak orang imaginasi tinggi macam saya.
Haha.

Tuesday 9 August 2011

aloya-aloya

loya.
tak tau la sebab telan clomid ke atau telan metformin.

ataupun, penangan menelan segala mak bapak fishball, chessy tofu dengan hotdog yang kesemuanya direbus untuk mengelakkan minyak.uweeek!

sampai sekarang terbayang je sume makanan tu pastu dalam tekak rasa macam nak keluar balik.nak muntah!!

tapi,bagusnye lah perasaan ini.sebab confirm balik nanti tak tadah periuk kat api.haha. yes! kuat semangat.target lagi seminggu turun lagi 2kg.

berusahalah!


menu Ramadhan 8 dan 9

Kenyang.
Haish,banyak betul saya makan sejak menjak makcit P ni menjengok. Rosak diet.dah la badan ni senang naik,susah turun.haish.kene start balik strict diet.

Ok,menu Ramadhan 8
Sahur: air kosong
Berbuka: kuey teow,begedil,kuih 2 jenis.

Menu Ramadhan 9
Sahur:air kosong,donut
T/hari: campbell soup ngan 5 ketul cheesy tofu
Berbuka: 1 ikan kukus,bbrapa cheesy tofu,hotdog dan bebola ikan (rebus),air tembikai,dadih.(Wooo!manyak makn!!!)

Workout: nan hado.

Esok wajib workout,tapi takleh treadmill laju2 sbb takut makcit P mengamok!
Esok gak kalo lapo sangat tgahari,anda dibenarkan mkn ringan2 je.ape yang ringan?kite tak tau.
Sekarang ni sebelum pegi sekolah,kene makan skit.kalo tak jadi macam 2nd day makcit P.perut sakit sampai takleh bangun :(

Ok,berusaha!
Minggu depan kene timbang lagi kat hospital.ayok!!!

Monday 8 August 2011

clomiphene citrate

Puh.

Arini 2nd day makcit P datang. Dan harini jugak kene pegi hospital.appoiment on 2nd menses.

Pas balik sekolah bergegas pegi hospital.laju betul pecut.kunun-kunun leh dapat number yang baik.kunun.pas amik number trcongok la tunggu dkt hospital dekat 4 jam.hamek ko.

Dahla kat sekolah perut meragam.pedih sangat.ingat nak singgah umah makan sesuap dua nak alas perot.nan hado.dari sekolah ke hospital adelah sejam stengah.tahan jela.even kat sekolah sampai takleh brdiri.kene duduk je.takpe,esok sebelum ke sekolah kene makan.

Dahla saya daftar lewat,dapat pulak number corot,2nd last patient.ditambah pulak patients pagi bawak ke petang coz pagi doctor ade operation.ok lagi,pas saya dah daftar,tunggu 2 jam.doctor kuar lagi.ade orang bersalin plk.hadoi.mcm dah giveup.tapi pas pikir punya pikir punya pikir setelah sejam lebih drive pepenat,tambah 2 jam menunggu,baik la saya tunggu.ha!sila tambah lagi 2 jam menunggu.

Ok.

Genggam bara api biar sampai lengan.lepas singsing lengan,tetiba nurse panggil masuk bilik.ok,pas timbang sume,doc terus tanye, "are u ready now?" Saya pun macam confident ala-ala jawab "yes".appoiment mmg untuk 2nd day period sbb doctor nak bagi clomid.try 50mg untuk 6 hari. Then,doctor bagi ubat progynova untuk day 7 hingga 11 day period. Dan pada hari ke 12 period kene datang balik untuk scan telur. Perlu conceive terus atau tambah dos ubat. Doctor pun pesan teruskn makan metformin.ikut kata doc,kene makan lagi bagi turunkan kadar LH.hope so.

So,sekarang sudah telan sebijik clomid.kepala agak ting tong.

Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku Ya Allah,Engkau pemberi rezeki,kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.Amin.

Saturday 6 August 2011

anak angkat.

Phew.
Secara serius isu ni dibangkitkan tadi.

Bermula dari soalan cepu cemas dari saya "Abang nak amik anak angkat tak?". Suami dgn muka konpiden cakap "Amiklah".

What??
Relex je suami cakap macamtu.

Then,isu ini dbangkitkan dengan lebih detail. Sebab on of my friend amik anak angkat.So,hati ni macam brdetik nak amik gk.Pastu mula la pikir banyak kali.Saya ni kerja,suami pun kerja.Anak angkat yang kita nak amik tu anak orang.Macamne plk kalo kite tak dapat jaga dan beri kasih syg dengan baik kat budak tu.betul tak?

Pastu gerak ke perasaan family.setuju ke mak bapak kami?ape plk kate saudara mara kami?pergh.isu ni menjadi serius.yela,saya bnyk tgk drama.jadi drama penceritaan ni mnjadi smakin complicated.hehe.

Then,saya tanya plk kat suami sy (saya banyak tanya,suami saya pk kan jawapan.hehe) bile nak bagitau kat budak tu yang die tu anak angkat.yela dalam drama selalu rahsiakan,pastu bile dah besar budak tu tau anak angkat pastu die lari dari umah,pastu mak bpk brsedih.(Kuat betul tgk drama).pastu suami cakap nanti die dah paham,kite bagitau supaya die kenal mak bapak sbnar die.

Pastu saye tanye suami nak amik anak angkat laki ke pompuan.suami cakap laki la.then bangkit plk isu susuan.nak kene susukan supaya tak mnjadi aurat bila besar nti.then siap dah bincang pagi2 suami antar ke umah pngasuh,balik saya amik.amacam?mcm serius je brbincang.

Amik anak angkat bukan macam amik anak kucing.anak kucing pun susah nak jaga,ni pulak anak orang,ape2 hal pun kite brtanggungjawab.bukan pikir masa ni je,kene pikir masa depan anak tu.

Satu kata sepakat telah diambil.mungkin kita rasa perlu sekarang,hakikatnya kita masih belum brsedia.jadi,buat masa ni,teruskan usaha untuk mndapat zuriat.suami cakap,smpai satu tahap dah tak boleh,baru amik.takpun sampai umur saya 30.dan mungkin masa tu saya dah ada zuriat sendiri,ataupun lebih matang mmbuat keputusan sendiri.wallahua'alam.

Antara keperluan dan kehendak?

Korang pulak macamne?


P/s: lama betul nak siap kan entri ni.dari tngahari bwk ke petang,siap taip masa nak pegi bazar,pas maghrib,pas terawih.kul 11 malam baru siap.hihi.

Thursday 4 August 2011

menu ramadhan day 3

Ehem.
Semalam punya hal,perut jadi sebu.nampaknya perut tak brtahan kalo sahur air susu then berbuka salad fruit sahaja .siang tadi trbaca plk kisah orang yang diet extreme ni.lebih banyak buruk dari manfaat :(

So,menu hari ini;
Sahur: air susu
Brbuka: ayam percik 1 suku, ikan trubuk (kongsi ngn suami),roti jala 1 (suami suh makan),tembikai spotong.

Banyakkn makan? So,dendanya esok wajib workout!! Kalo saya tak workout,pembaca,sila ejek saya.haha.

Ok,mau tarawih.adios.

suami korang tau tak?

Suami korang tau tak?

Yang korang ade buat blog? Dedulu,time jaman b4 kawin,time buat preparation nak kawin,time bru-bru kawin,galak buat blog.siap suh tunang a.k.a suami bace lagi.pastu tanye2,dah baca blog lom?haha.tak ikhlas gituw.agak meriahla wordpress tu.then time pregnent,tulis gk mcmne tau prgnent.mula-mula takmo tulis,tp sbb nak abadikan moment gembira,tulis la gk.then,bila gugur,sy trus private kan blog.sbb sedih :( now,tetibe semangat baru trutamanya bila tgk blogger2 ttc n diet group.wuuuuu!tq korang.ops,but,blog dibina atas kehendak sendiri,suami dn kengkawan tak diwar-warkan.*eceh,ayat poyo*.kadang-kadang trbayang gk kot2 dieorg yg dkenali akan bace,tapi time tu redhaa jela.gulp!

Suami korang tau tak?

Yang korang ada simpan satu rahsia besar? Ditelan matu mak,diluah mati bapak.erm.saya ada.rahsia adik ipar yang diberitahu pada saya.susah rupenye nak simpan rahsia.kadang-kadang gatal suh suami cakap "abg nak tau rahsia yg syg simpan tu,boleh tak?"Pastu suami jerit-jerit cakap takmau cakap cmtu smbil geleng kpale sungguh-sungguh.hihi.takpun saya cakap "abg nak tau 1 rahsia tak?",pastu suami geleng-geleng.haha.jadi,rahsia tu selamat walaupn saya mngoda suami suh saya bagitau rahsia tu.hahaha.

Suami korang tau tak?

Perasaan korang bila orang kiri kanan sibuk menyentap hati bila soalan-soalan petir timbul?"Dah ada isi ke","kenape lambat sgt ek?" dan sebagainya sbb tak larat nak tulis.dan suami korang pernah tau tak,setiap kali balik kampung atau time jumpe sdare mara,hati kita tak gembira sebab soalan2 begini akan timbul.lebih-lebih nak raya ni.berdebar je tunggu raya.saya?mula-mula boleh tahan sendiri.tapi sampai satu tahap,masa tidur mngalir je air mata saya.sampai suami tanya kenapa.sampai sekarang saya tak jawap.saya tak tau la suami boleh agak tak.then.ade sehari tu dalam kereta,lepas treatment,tetibe je nak cakap ngn suami hal tu.mmg cakap cam bertih jagung.almaklumlah lama dah mnyimpan,sekali hambur,tak berenti.alhamdulillah saya dikurniakan suami yang banyak beri support and sokongan :)

Suami korang tau tak?

Yang


Korang


Saaaayyyyaaaannnnggg


Kat suami korang???

Itu dieorang WAJIB tau. :):):):)

Wednesday 3 August 2011

my treatment begin.

Berjaya jugak amik fruit salad buka puasa tadi.kesannya,tgk gmbar makanan org post kt fb pun boleh trliuar tahap gaban.hihi.

Ops,arini bukan nak cerita pasal makanan,tp nak kisahkan macamne boleh start treatment.

Alkisah......

Dalam cuti sekolah akhir tahun,tahun lepas, saya keguguran.kandungan nak masuk 3 bulan.then refer pd salah satu hospital krajaan di batu pahat.after tu darah nifas kuar dlam 2 minggu tak silap.
Then bulan 1,period tak mari.tapi taklah risau lagi sbb bru abis darah nifas,then bulan 2 sudah mari.masalah brmula di sini apabila darah kuar lebih 15 hari dan warnanya agak khitaman.masa ni harusla risau,takut apa2 masih trtinggal dalam perut ni.then,risau mmg risau,tapi tahankan dulu.
Dalam bulan 3,period dtg lagi,keadaan sama mcm bulan 2,dah cuak dan risau,lalu refer pada hosp.swasta kt batu pahat.cuak der.doc cakap samada msalah hormon or masih ade mende yg trtinggal lam perot.buat scan perut dan tvs.alhamdulillah,takde ape2.lega.

Doctor suggest rest dulu.kasi rahim kuat.doktor kasi pentalon,kasi darah stop.die suh conceive naturally dan kasi berat badan turun.ayo.

Cabaran diterima.bermula dari detik ni,nasi saya tak amik langsung,tambah tolak,dekat 5bulan sy tak amik nasi.yg sedih,every month turun 2kg je.sedih kan?

Bln 4,5 period masih brpanjangan.bkn fresh blood tp skit2 mcm nk abis period,tp lebih 15 hari.then doc kasi norculut.pas 4 kali makan,darah stop.bulan 6 period lagi.tapi ms ni best sbb 7 hari shj.hehe.try nak conceive la ni.

Malangnya,bulan 7 period tak hadir.ayok!.risau punye pasal,pegi hosp. Balik.lgpun nak amik result darah.then kat sinila detect sy PCOS.sedih mmg sedih,tp kuasa Tuhan,sape lah kite nak halang.usaha terbaik untuk pcoser mcm sy is loosing weight.buat upt test pn -ve.

Doctor bagi sy metformin untk seimbangkan kadar glukosa dlm darah-utk pcos.then,sy kene dtg 2nd day period sbb doc nak start clomid.kalo period still tak dtg,come next month :(

Doakan period sy stabil dn normal.kalo tak period mcm takde smangat.sbb setiap new cycle is new hope.huhu.

That's it.nak tarawih plk.daa.

Tuesday 2 August 2011

menu Ramadhan 2011

Salam,
Hari prtama puasa dah kantoi menunya. Dsebabkn encik suami tak kasi saya makan kurma shja sbagai menu brbuka,jadi sy trpaksa mngundur diri.*eceh,padahal sonok sbb takyah mngadap kurma je nak brbuka*hihi.

Menu 1 Ramadhan
Sahur: air cokelat susu
Berbuka: kurma,sparuh laksam,1 biji karipap,air carrot, buah rambutan.

Menu 2 Ramadhan
Sahur:air kosong
Berbuka: ikan terubuk bakar(kongsi ngan suami), 1 biji telur , salad fruit,air tembikai (kene tambah air kosong nak kurangkn gula)

Menu 3 Ramadhan
Sahur:air susu strawberry
Berbuka: plan nak abiskn salad fruit smalam.

So,workout saya:

2 Ramadhan : 30 minit treadmill,5 speed,6 round running track dengan pmbakaran kalori 260.

Ok,hopefully can maintain workout.

P/s: jelesnye tgk org diet seminggu terus turun 5kg,kalo sebulan???fuh.

Monday 1 August 2011

VIMR-day 1

Failed.
huh!lom ape-ape dh gagal.

Takpe,arini dh bertekad tak nak gagalkn misi.chaiyo2!!!

Sunday 31 July 2011

VIM: Very Important Mission of Ramadhan~Part 2

Misi 1 : bermula 1 Ramadhan sehingga 1 syawal,saya akan menurunkan berat badan saya sebanyak 4kg.

Misi 2: bersahur dengan kurma serta air susu dan plain water.

Misi 3: berbuka dengan kurma dan air susu.air manis hanya sesedut je.(Kelongaran diberi time balik kampung,kang family tgk pelik pulak)

Misi 4: dalam seminggu DIWAJIBKAN brjalan atas treadmill 3 kali seminggu selama setengah jam setiap satu sesi. Kalau nak buat lebih,lagi bagus.*ayat mcm bagus,padahal ckp pada diri sendiri*

Untuk memalukan diri sendiri kalau tak buat keempat-empat misi di atas,saya akan update SETIAP HARI adakah misi saya terlaksana.harap-harap bukan hangat-hangat chicken shit.hihi.

P/S: kan best kalau ada saingan daripada kawan-kawan.lagi semangat kan :)

misi Ramadhan part 1

Kenapa saya memilih untuk tulis segala misi saya dalam blog??
Sebab,pertama saya tidak mmpunyai diari,kalau ada pun,masa awal-awal je exited bagai nak tulis,pastu,hammmmpp.hihi.sebab kedua,saya nak rasakan ada orang yang baca dan tahu misi saya dalam bulan Ramadhan ni.pastu bila Syawal nanti kalau misi saya tak tercapai saya akan malu dengan pmbaca blog saya dan korang sume akan cakap "cis,tulis misi dalam blog macam bagus je,tapi takde ape-ape perubahan pun".so,bila saya pikir begini,saya akan malu,lantas mnguatkan semangat untk misi Ramadhan kali ini.*ayat macam bagus je*.

Oleh kerana misi saya brkaitan dengan rawatan manual PCOS,jadi saya tak meletakan sebarang target untuk menimang cahayamata dlm bulan ini (ayat untuk mmpositipkan diri dan jgn asik stress ingat nak anak tetiap hari).jadi objektif utama saya sebelum conceive ialah menurunkan berat badan.

Setakat ini,setelah cabaran diberi oleh gynea,saya secara maintainnye dpt turunkan berat badan 2 kg selama sebulan.adoi.susah nak buang lelemak ni.dan sedih sekali bile bulan 7 belum turun-turun lagi.so, bulan Ramadhan ni wajib qada' pnurunan berat badan yang lagi 2kg tu.so,dalam bulan 8,saya WAJIB turunkan berat badan saya sbanyak 4kg!!lebih afdal dapat bonus 5kg.

So,raya akan lebih ceria sebab awal-awal dah tau akan stress sebab orang akan tanya soalan petir.so,belum ape-ape lagi dah bad mood.haha.

Ok,inilah huraian daripada misi saya.

Saturday 30 July 2011

from that day..

huh.
bukan senang nak menulis hal ni.sampai terpaksa bukak blog baru.tapi kalo tak bertulis benda-benda yang penting dalam idup ni makin lama ianya makin dilupai.so, sekurang-kurangnya biarlah terukir dalam blog ni.

kehidupan yang mngembirakan berlaku apabila my UPT double line. tapi, sebentar je Allah bagi keindahan yang pastinya dinantikan oleh setiap orang yang bergelar isteri. bermula detik saya disahkan pregnet, segala- gala jadi indah. tiada apa pun yang boleh menyebabkan saya bermuram durja.indahnya saat itu.

then, saya dan suami decide buat buku merah.saya dah suami pun amik cuti semata-mata nak pi klinik kesihatan. lama tunggu sampai lebam.cek la dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. malas nak detailkan,boleh tak?

saya sebenarnya tak sedap hati since tau pregnent, sebab saya takde tanda-tanda orang pregnent mcm morning sickness.dan saya pun rasa ini adalah salah satu faktor keguguran *perasaan yang terlalu risau pikir macam2 tentang kandungan*. so, me and husby plan nak scan kat klinik swasta sbb klinik kerajaan tak provide scan untuk yang baru pregnent.sedih.

di klinik.masih menunggu sampailah lebam.then, bile sampai turn memang berdebar-debar.encik suami tak masuk. dan itulah hajat saya,saya takut kecewa.biarlah saya kecewa asalkan suami tak brsedih kalo die tgk result yg tertera kat scanner tu nanti.so,doctor start scan and she's said "this is not good".(hamek,sampai sekarang pun mampo ingat ayat doctor tu).then die tunjukla kantung bulat ok, tapi baby nye tecit sangat.then doctor cakap mybe baby mengecut ataupun baby lom sampai 10 minggu (sebab scan kantungnya besar 6 minggu ++)so, saya rasa brputus asa+sedih+kecewa. tak tau macammana nak terangkan pada encik suami.doktor suh datang lagi 2minggu untuk futher scan. Allahuakbar,tak tau nak gambarkan perasaan ketika itu.

Masuk kereta cepat2 bagitau suami,suami macam biasa, bagi kata-kata penguat smangat. for a while, saya rasa tiada kata yang boleh menyejukkan perasaan saya ketika itu. then, balik rumah, air mata ni tak berhenti-henti mengalir, teresak-esak.Allahuakbar.perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. lepas tu terus teridur, then bangun dari tidur semacam dah ada sedikit kekuatan. call family, bagitau apa yang berlaku then mohon dititipkan doa....

belum pun sampai 2 weeks tarikh nak pergi scan balik, i've 1st bleeding then followed by 2nd bleeding after a week kalo tak silap. then refer pada hospital kerajaan. for first time, doc cakap saya complete abortion means sume dah keluar. Alhamdulillah. then doc bagi 2 minggu lagi untuk datang appoiment. After 2 minggu selepas berpantang, mengurut bagai, doc buat TVS, doc cakap macam ada lagi kantung. wohu! bayangkan perasaan ketika itu?so, kami decide buat D&C instead tunggu kantung tu gugur sendiri.

so, duduklah saya dengan poyonye kat wad hospital,berkenalan ngan pesakit dan makan dari pagi sampai dinnernye, sedapla jugak. lagipun makanan yg dieorag kasi untuk patient 1st class sbb saya patut masuk 1st class tapi taknak sebab takut duk wad takde orang nanti,so duduk la 2nd class yang memang selesa ;) tunggu punya tunggu punya tunggu, check punya check punya check, last-last pergi scan nak confirmkan saya dah ready nak D&C pada esok hari. hati dah pasrah masa tu. then, masa scan, doc cakap "aik,kosong je rahim awak, dinding rahim pun dh menipis, means nothing la dalam rahim awak". rase macam nak debik je doctor yang scan awal-awal kate ade lagi kantung tu. doc tanpa rasa segan silu cakap "awak boleh balik, takyah buat D&C". wuhu!! datang hospital nak makan je dari pagi sampai petang.hihi :)

dan bermula dari detik itu, saya pun berangan-angan nak conceive semula......


p/s:bukan mudah saya nak ceritakan balik menda-menda camni,tapi sebab saya nak berkongsi ngan kawan-kawan, saya teruskan juga.padahal dah banyak adengan-adengan yg trpaksa di cut. hehe

let's begin with a happy story

originally post from wordpress..

Bersawang sungguh.
kire macam dah setahun meninggalkan dunia blog ni. macam takde cerita nak diceritakan. lagipun sejak dapat duduk dengan encik suami tersayang, semua cerita diluahkan pada dia. nampak gayanya, encik suami lah jadi diari bergerak saya. beruntung jugak dah kahwin ni.ada tempat meluah rasa :) :) :)

setelah setahun empat bulan berkongsi rasa, bergelak ketawa, bergaduh manja, akhirnya Allah telah memakbulkan doa setiap insan yang berdoakan kami. suami, mak, bapak, kaklong,adik2,dan rakan2 yang banyak memberi advice dan semangat.

akhirnya..alhamdullilah..

doakan kami ye :)
alkisahnye, nak dijadikan citer, last period saya masa bulan puasa.then raya tak datang-datang.then, risau memang risau sebab sebelum ni period memang tak regular. then atas advice kawan, saya pun try EPO dan makan sekali Acid Folic. then period saya every month datang, tapi dekat dua kali period saya lebih dari 15 hari :(
Alhamdulillah masa bulan puasa tu period 12 hari. Taklah ganti sampai 1 hari (padahal lebih kurang je). Then, masa raya tunggulah period ku. Tapi tak kunjung tiba. Dalam kepala dah pikir macam2.Ada penyakit apa? Masa tu tak berani nak buat UPT test sebab dah banyak kali kuciwa…. sanggup saya tunggu 2 minggu untuk pastikan period benar2 tak setitik pun datang (eceh)
Lepas berhempas pulas masa kenduri kawin adik ipar, saya pun terdetik nak buat UPT test, padahal niat memang nak tunggu kalo boleh sampai 2 bulan period tak datang (tekad tak?).tapi memandangkan ada menda-menda nak beli kat Guardian, terpaksalah beli UPT test tu.

Sampai je rumah, terus meluru ke tandas. bukan exited ke ape, tapi sakit perut memulas-mulas. alang-alang dah ke tandas, bawak la sekali UPT test tuh.ape lagi, saya pun melaksanakan hajat tanpa gundah gulana sambil menakung air pee-pee dalam takungan yang disediakan  (hehe.jijiks!) then,saya pun laksanakan ujian yang tak perlu baca buku pun untuk berjaya. sementara nak tunggu tu, saya tutup UPT test dengan kotak UPT supaya saya tak terlalu kuciwa kalo satu line je. Dengan lafaz Bismillah dan selawat, saya pun membuka mata dan …
2 lines !!!!!!
(gambar tak menyempat nak upload :)
mak ai, tangan menggigil abes sambil dalam hati mengucapkan syukur pada Allah. terus tersenyum dalam toilet dan pikir apa nak cakap kat encik suami.Tangan dah mengiggil-giggil ni. jeng jeng jeng.
Then, kuar je toilet terus cakap (sambil tangan sebelah lagi sembunyi kat belakang sbb pengang UPT tu) “Abang nak tau satu rahsia besar tak?” . masa ni muka saya tak boleh blah sebab tahan senyuman. Terus pergi kat husband and tunjuk UPT test tu. Encik suami macam dah senyum-senyum dah. Tapi buat-buat tak paham lagi. Terpaksala pulak saya menerangkan 2 lines tu pregnent. Encik suami terus peluk dan ucap tahniah. hehe (saya pun tak ingat,saya ade terlompat ke tak, bahaya-bahaya).
Then, bermulalah fasa baru dalam kehidupan kami.
Malam esoknya jumpa doctor and doctor cakap my precious already 7 weeks. Alhamdulillah…
Ok, will update later.
Kawan-kawan, doakan kami kesihatan kami ye :)

thinking of...

Rase-rasenye macam nak post balik ape semua kejadah hasil blog yg dolu2.tapi bile pikir-pikir balik,benda yang lama usah dikenang-kenang.
But...
Let me think first.tomorrow will decide.ok bebeh,nite ualls!

ta'aruf diri.

salam.
agak poyo sibuk follow orang pastu orang tak follow kite balik pastu perasan sorang-sorang ade blog yang best.haha. terpaksa memulakan blog baru setelah blog yg dicintai sekian lama mendiamkan diri, sejak..erm. tu kite citer nanti boleh tak?
ok.
awak, awak dan kamu serta kamu boleh panggil saya azie. saya sekarang berumur 27 tahun dan masih dalam penantian mengharap rezeki yang satu iaitu zuriat setelah 2 tahun brkahwin. pernah pregnent, tapi rezeki tu sebentar sahaja setelah disahkan gugur ;(.
baru tadi selepas beberapa treatment (setelah ade mood akn kembali bercerita), saya disahkan menghadapi PCOS. perasaan?? takde perasaan malah semakin positif. Antara faktor lainnya ialah dorongan suami dan persediaan menghadapi ape jua keputusan darah. yes, now officially i'm pcoser.
setelah disahkan ade pcos, doktor bagi metformin.so, baru start makan hari ini. hopefully sangat member2 yang se'kapal' ngan saya dapat berkongsi ilmu dan pandangan serta SEMANGAT kepada saya. drop comment pun i really appreaciate :)
saya akan update treatment saya selepas gugur haritu. sebab saya rasa info mcmni sangat berguna.

start new :)

yes!!
i'm started to blogging again. rasa memang perlu berbloging buat masa ni setelah sekian lama tinggalkan dunia wordpress.rindu sangat-sangat pada blog, tapi apa kan daya...

tujuan nak berblog balik pun nak meluahkan rasa hati, berkongsi rasa. sbb kalau pendam rasa sekian lama, ada hati yag terluka.eceh,ok.nak refresh dunia baru ni.

so,plz support me,okeh :)