kumpul.kumpul.

Thursday, 22 September 2011

musim rehat TTC-ans (update)

ok. sedikit "terharu".

Sebab post yang patut di post hilang. ni sume angkara menaip pakai bb. Tah ape kejadah, bila tekan post, terus tinggal tajuk sahaja. Akhirnya seperti yang dapat anda lihat, 2 tajuk kelur tanpa dipaksa, pastu cari button delete dlm bb tak jumpa, akhirnya biar sahaja, sampailah terbawa-bawa dalam mimpi. haish.Alang-alang di rumah mertua yang ade line sikit punya baek ni, ape lagi, saya cuba update ape sebenarnye yang saya tulis.

Ok. sambil menaip, sambil bukak youtube pastu tengok2 fb, sebab tak boleh fokus. Pasni kalau bermasalah update through bb, maknanye, lambat lah saye update blog lagi pulak area rumah saya mmg masalah ngan line internet.huk.

Ramai pulak dikalangan TTC lately yang dah keluar group. Actually ramai yg mengharapkan akan 'terkeluar' dari group ini dan bakal beramai-ramai join group MTB (mother to be). InsyaAllah. Amin. Tunggu giliran masing-masing ok :)

Sebenarnye nak cerita hal beberapa rakan ttc-ans kita ni nak me'rehat' kan diri dari TTC. It's ok, sebab itu terpulang pada pendapat dan pendirian masing-masing. Masing-masing ade resons sendiri kn. Termasuklah saya yang dah start skip appoiment doctor. woho!

Tapi, apa pun, kita tetap akan terus berusaha ok. Secara tradisional mahupun modern. TAPI, aktiviti BD adalah wajib. Kalo buat treatment pung pang ke hulu hilir pastu takde BD, camno tu??hehe.

Oleh sebab itu, saya sudah beli / sedang intai beberapa perkara:


pertama:
GUARDIAN digital weighing scale

 Dah lama usha-usha menda alah ni. Nak cari yang ade BMI, kadar lemak etc, dah siap survey, tapi harga boleh tahan rm 180.00. Pastu jumpe kat Guardian, gambar seperti di atas, usha 2 kali, mintak izin suami pastu baru beli. Mula-mula nak try encik suami takut benar. Sebab takut pecah. Heheh. Even kecik, tapi leh tampung berat sampai 150 kg. Harga : RM 38.99. Fungsinya adalah untuk memastikan berat badan tak naik, tapi turun (kununnya).Setiap minit nak naik mende alah ni. Lepas minum, naik. Lepas makan, naik. Lepas mandi, naik. Sampai menda ni kalo leh jerit "Oi, sudah-sudah la tu naik aku!" haha.


kedua:

                                                 sumber : http://hamilshop.com/fertilitea/6/
                                                        Digital basal Thermometer

Ini sebab angkara dan keinginan yang melampau nak sukat suhu sendiri. Start cycle minggu depan. InsyaAllah kalau belum berhasil pregnent lah. Pastu sekarang tengah melilau-lilau cari cara penggunaanya, Anyone?? Boleh tinggalkan link yang sesuai dirujuk oleh saya tentang pengginaan BBT dlm ruangan comment. Harga: RM 55 termasuk postage. Fungsi: sukat suhu. Nak tau time ovulate.

 ketiga:
                                              sumber:  http://mummy-wannabe.blogspot.com/
                                                                    ovulation test

Dulu pernah beli sekali.Lepas tu tak tau nak pakai macamne. hentam sahaja. pastu bagi suami suh bakar sebab tak paham. Hahah. Ok, sekarang dah ade sedikit kebijaksanaan. Maka mula beli brsama encik suami lepastu mcm tak sabar nak pakai. Ini pun pakai untuk cycle akan datang. (mintak-mintak lepas brsalin nanti. hehe) Harga: RM 58. (oh, agak ragu-ragu letak harga. Tak ingat) Fungsi: Check bilakah waktu akan sibuk untuk berBD.

keempat:


                                                             sumber : FB kak Nini Hadi

Supplement untuk PCOS patient. Isi set ini adalah  Habbatus Sauda Tabs Capsule, Minyak Zaitun Tabs Capsule, Saw Palmetto dan Vitamin E. Harga: RM 170 tak termasuk pos. Ini saya macam berminat. Suami pun dah izinkan nak beli. Lepas ni makin banyak la pil yang harusssssss ditelan *redha*


Ok. dekat sejam dah buat entri kali ni. Nak gi ushar Memay kahwin sat. Jumpa lagi... :) Opssss...ade lagi.

Lupa nak jampi. Moga saya, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu akan pregnent bulan depan. Fuhhhh *kasi tiup skit *



4 comments:

  1. hehehe..simple

    ReplyDelete
  2. hi..blogwalking here, saye pon tgh take a break but im gonna take that 'jampi' last sekali tu..hehe

    ReplyDelete
  3. assalam azie..
    salam perkenalan..semoga jampi tu sampai la pada saya..hehe.

    ReplyDelete

buih-buih kata :)