kumpul.kumpul.

Monday 19 September 2011

baby dance @ body dance

salam semua.
Adalah suka dimaklumkan bahawa tajuk kita pada hari ini bukanlah bertujuan untuk kelucahan melampau. Cuma sekadar berkongsi cerita dan pendapat. hihihi :) Kalau terlucah ke ape, teguran membina amat dialu-alukan.

Merujuk pada tittle di atas (cikgu BM tu), saya barulah berjinak-jinak dengan terms TTC ni. Macam shomel je sebut baby dance, tapi kadang-kadang ade baca body dance. Agak keliru. Tapi singkatannye tetap sama iaitu BD. Boleh ditukarkan kepada Bedah Dance ataupun Berdansa Dance.Haha.

Kita ni mesti sibuk nak kira waktu-waktu subur kita, dan kalau boleh mesti nak bersama dalam waktu-waktu subur tu. Tapi kan..tapi... suami kita pulak macam mane? Adakah die faham yang kita nak ber BD?

Dulukan saya pernah tanya kat senior saya, "Akak, kalo nak BD, akak pernah tak start dulu? (i mean mintak pada suami). Then akak tu jawap " Tak pernah, selalunye suami yang start dulu". Lepas tu terus set dalam mind saya bahawasanya BD ni suami yang akan start dulu. Isteri duk diam-diam jangan nak mintak-mintak. Haha.Dalam otak ni setting kalau mintak nak BD dengan suami, mcm gelojoh pulak ;p

Lagi satu, perasaan malu tu macam menebal sangat even dah duk serumah bertahun. Bile tak dapat BD masa tarikh-tarikh jangkaaan subur, pagi tu bangun mesti muka monyok pastu macam nak marah-marah suami. Suami yang naif tak paham keinginan yang tak diluahkan tu pun, macam stress tgk kite bad mood tanpa sebab. Haha.

Tapi sebelum kahwin lagi daripada pembacaan, tak salah si isteri memulakan untuk ber BD. Pepandailah cara korang nak tarik perhatian suami. Kalau tak kena masa, penat korang berusaha, suami pulak siap berdengkur kat sebelah. Haha.

Salah satu jalan penyelesaian jika anda berada dalam situasi ni ataupun situasi shy-shy cat nak mulakan berBD terutamanya pada tarikh-tarikh subur anda, haruslah memulakan langkah berikut. Ini juga penting kalo anda nak BD pada SETIAP hari pada jangkaan hari-hari subur korang:

1. Bagitau pada suami, tarikh begini begini adalah tarikh subur korang. Kalo suami buat muka blur tak paham, korang pun kena lah bukak buku sains form 3 terangkan apa itu tarikh subur.

2.  Lepas tu bagitau suami, yang dah terdapat tanda-tanda yang korang sudah hampir kepada ovulasi. Contoh, keluar EWCM, buat OPK +ve, carta BBT dh mncatatkan suhu terbaik ovulasi dsb. Pastu hint-hint la sikit moga-moga suami ready nak BD hari-hari tersebut.

3. Tidur di awal waktu. Ini amat penting supaya suami dalam keadaan tak terlalu letih atau mengantuk. Si isteri haruslah siapkan kerja-  kerja rumah sepantas mungkin awal skit dari hari-hari biasa. So, bila dah berbaring tutup lampu tu, apelah kerja yang boleh dilakukan sangat ;p. Bolehlah korang berbual-bual dan seterusnya (anda sambung sendiri)

4. Memandangkan anda mahu bersama SETIAP hari pada waktu subur anda, maka tidak mustahil korang akan rasa penat ataupun macam sikit 'bosan'.  Jadi, kalau lepas letak kepala lepas tu tertidur terus, pastikan anda set jam awal dari waktu kebiasaan anda bangun, supaya anda akan bangun dan berBD pada pagi sebelum subuh.

Tapi, perkara begini ade risiko. mungkin suami korang akan start berharap yang korang akan mengandung pada bulan berikutnya sebab usaha dah bermati-matian bersungguh-sungguh.. Jadi, persiapkan mental dan fizikal suami anda in case UPT still -ve.Lepas usaha tempoh jangkaan ovulusi akan berlaku, mesti korang nak rest kan. Tapi, jangan abaikan perasaan suami bila dia pulak nak BD dengan kita selepas tempoh ovulasi kita. Kesian dia ;(

Ini adalah usaha kita. Terpulang pada suami paham ke tidak tujuan sebenar kita. Lagipun BD kan satu ibadah :)  Sebab tu pentingnya suami faham dan on the right track brsama kita untuk mendapatkan zuriat. Tanpa suami, siapalah isteri untuk pregnent, dan tanpa isteri, siapalah suami utk jadi ayah (pepatah baru).

Ingat! Kita ber BD bukan untuk zuriat semata-mata, tapi melaksanakan tugas kita sebagai isteri dan menjadikan BD sebagai ibadah. BD adalah usaha terPENTING dalam menghasilkan zuriat dengan izin Allah. Moga-moga cycle berikutnya anda akan tersenyum dengan .......


vvvvvvvvvvvvvvvvvv


vvvvvvvvvvvvvvv


vvvvvvvvvvv

vvvvvvvvv

vvvvvv




vvvv




vvv





vv






v





                                                                POSITIVE !!! :)

7 comments:

  1. hehe... ini pengalaman benar saya...
    hanya saya seorang saja yang pernah mintak berBD.. suami tak pernah!.. sampai saya tanya sendiri..kenapa dia dingin terhadap saya.. rupa-rupanya dia suka kalau saya yang ajak... katanya, macam makin bernafsu pulak.. awwww....(*blushing)

    ReplyDelete
  2. Hehe.alololo.tula,sume org ade cara masing2 kan.trpulang pd individu.yg penting bile nak berBD,harus dnyatakn atau dtunjukkn.kalo tak salah sorng akan merana.hihi.u.yg penting bile nak berBD,harus dnyatakn atau dtunjukkn.kalo tak salah sorng akan merana.hihi.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Nie 1st time saya post comment kat sni.. Salam berkenalan..Saya tertarik dengan entry ni.. Saya masih lagi berjinak2 dengan dunia perkahwinan.. Insyaallah akan saya praktiskan nanti.. TQ :-)

    ReplyDelete
  4. Anonymous: thanks sudi view page ni.Moga2 apa yg dpraktis mndapat kredhaan Allah :) pengantin baru mungkin? Selamat pngantin baru dn selamat mnempuh alam perkahwinan :)

    ReplyDelete
  5. nice topic..

    semenjak dh setahun lbh TTC nih husband saya lebih memahami.tp kdg2 kena ckp gak.saya bg hint2 je..ckp.."mlm nih kita dating ye..".so dia faham la.

    tp utk org bekerja mcm kami mmg susah sket.sbb balik je terus rasa penat ya amat.so kdg2 w/pun dh wat appointment pg tuh,if sampai malam salah sorang nye dh letih,juz paham2 sendiri jela.

    BD early in the morning mmg xdo la..unless kalo wiken!hihihihi

    ReplyDelete
  6. Myself@fiza, wah,menarikla guna cara "ajak dating" tu.leh cuba ni.tp mcm takut plk kecewa bile appoiment cancel.hehe. Try la plk BD skali skala,mane tau ade rezeki early morning :)

    ReplyDelete
  7. Salam.. Cuba share ayat2 auuumm utk bd.. X reti nk buat ayat.. Hihihihi

    ReplyDelete

buih-buih kata :)