kumpul.kumpul.

Wednesday 30 November 2011

benarkah lelaki dari negeri X kurang rajin?

sapu jap blog yang agak bersawang.

Sebelum nak mula menaip isu yang agak hot kalo nak dibincangkan di FB, saya nak bertanya untuk mereka-mereka yang expert bab BB (blackberry) ni. Soalan saya: Dulu saya amat rajin update blog through BB. But, sesuatu telah berlaku, *cis, macam mndebarkan pulak* .Bila bukak blogspot then nak posting, die tulis "Your browser is no longer supported by Blogger. Some parts of Blogger will not work and you may face some problem". Camne nak buat eh?


Sape bijak, sila selesaikan masalah saya ini.TQ

Ok, masa untuk kembali kepada tajuk asal. Saya terlebih dahulu mohon maaf kalau ada sesiapa terasa tentang tajuk ni. Bukan nak bersikap kenegerian, tapi cuma nak lontarkan pertanyaan. Sebenarnya sejak seseorang menceritakan masalah yang berlaku dalam rumahtangganya, buatkan saya terfikir hal ini.

Perkara ini berlaku kepada 2 orang terdekat dalam keluarga saya: kakak dan adik ipar saya, iaitu berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri X. *rasa tak perlu sebut negeri mana kot, anda boleh pk kan*. Bukan nak mengaibkan atau nak membuka pekung, saya memang berniat nak berkongsi idea dan pengalaman dengan kawan-kawan semua. No hard feeling ok.


Situasi kakak: Masa mula-mula kahwin, dia pernah bercerita pada saya tentang suaminya yang tak berapa pandai buat kerja rumah. Masa tu saya belum berkahwin, bagi saya itu perkaa biasa. Bukak kain, then tinggal je kain tu kat tempat die londehkan tu padahal bakul sebelah je. Setelah beranak pinak, bila anak menangis, suami mula panggil akak saya untuk pujuk anaknya, bagi susu ke asalkan anak berenti menangis, padahal akak saya sedang sibuk buat kerja lain.Then, masa akak saya baru sahaja melahirkan anak ke2, sewaktu akak saya nak balik ke rumah die, *berpantang dirumah keluarga saya*, akak saya yang kehulu kehilir kemas barang masuk dalam beg, barang anak-anak, barang suami sampai kul 2-3 pagi. Tu pun boleh dibuat setelah anak-anak tidur. Tiba-tiba anak menangis, suami yang sedang tidur ketika itu hanya panggil sahaja akak saya supaya menyusukan anaknya. Saya pada ketika itu, rasa belas sangat pada akak saya. Dulu lepas makan, pinggan atas meja, sekarang dah berubah skit.


Situasi adik ipar: Selepas je kenduri kawin mereka, kami adik beradik tertonggeng-tonggeng kemas selepas kenduri, suami adik ipar saya ni boleh pulak duduk dalam rumah. Mase tu rase, mungkin die penat kot. Then, semalam adik ipar saya mengadu pada saya. Adik ipar saya ni baru lepas bersalin. Berpantang di kampung, then balik je rumah asal mereka peti ais barang-barang dh kering tidak brbuang, bawang busuk tak dibuang, inti berhabuk, toilet licin, katil bersepah, cd bersepah, baju dah sebulan tak berlipat. Uisk, saya dapat bayangkan keadaan rumah masa tu. Dengan bawa baby yang baru lahir tu. Adik ipar saya sendiri mengaku suaminya tak rajin tolong. Kalau anaknya menangis, terus bagi isteri pujuk, walupun si isteri ni penat. Suaminya juga kerap keluar rumah malam jumpa kawan-kawan. Baby menangis-nagis sampai jiran datang jenguk.


Dan, saya pernah mendengar bahawa lelaki dari negeri X ini telah dilatih dan dimanjakan oleh mak dieorang yang kerja-kerja yang berkaitan rumah, dapur dan anak ini adalah kerja perempuan. Makan dihidang siap, pinggan mak yang basuh, tinggal tangan je asuh sendiri. Bab-bab mengemas ni memang tak la dieorang nak buat. Manakala perempuan pula dilatih dari kecik untuk uruskan rumahtangga 100%. Sebab tu ade orang kata lelaki negeri X memang akan cari perempuan dari negeri X dan tinggal di negeri X. Betul ke?

Kalau sape-sape ade pandangan, silalah berkongsi dengan saya sebab otak saya ni mula nak give bad perception pada lelaki-lelaki dari negeri X. yes, my hubby is not lah too rajin, lelaki is lelaki. Rumah yang kite nampak serabut pun die leh kate ok. Bagi saya, alhamdulillah suami saya banyak memmbantu walaupun tak perfect mana. Cukuplah kita tersenyum atas cubaan dia untuk mengurangkan kepenatan kita.

Dan saya nak mintak pendapat pada siapa-siapa yang sudi bantu saya. Apekah kata-kata nasihat saya pada adik ipar saya selain dari suruh dia bersabar? Perkahwinannya baru setahun jagung tapi dah ditimpa masalah yang berat untuk ditanggung. Mereka juga sebelum ni pernah bergaduh besar sehingga 2minggu lamanya dan ketika itu adik ipar saya tengah pregnent. Tapi  saya rasa tak perlu nak nyatakan di sini kot.

p/s: ok. setelah tak update berapa sikit punya lama, keluar-keluar entri je terus masalah.huhu.okeh, lepas ni entri yang mengembirakan pulak :)

4 comments:

  1. rasa mcm tahu je hehe
    rasanya hampir kesemuanya lelaki mempunyai sikap mcm tu..mungkin mereka tak sedar, cuba kita cakap dan minta tolong baik2, mungkin mereka akan bantu kita... :-)

    ReplyDelete
  2. siti,tula kan, hampir setiap lelaki macamtu, tapi smpai timbul prgaduhan dlm rumahtangga, saya ingat itu bkn perkara biasa.

    ReplyDelete

buih-buih kata :)