kumpul.kumpul.

Saturday 30 July 2011

from that day..

huh.
bukan senang nak menulis hal ni.sampai terpaksa bukak blog baru.tapi kalo tak bertulis benda-benda yang penting dalam idup ni makin lama ianya makin dilupai.so, sekurang-kurangnya biarlah terukir dalam blog ni.

kehidupan yang mngembirakan berlaku apabila my UPT double line. tapi, sebentar je Allah bagi keindahan yang pastinya dinantikan oleh setiap orang yang bergelar isteri. bermula detik saya disahkan pregnet, segala- gala jadi indah. tiada apa pun yang boleh menyebabkan saya bermuram durja.indahnya saat itu.

then, saya dan suami decide buat buku merah.saya dah suami pun amik cuti semata-mata nak pi klinik kesihatan. lama tunggu sampai lebam.cek la dari atas sampai bawah, dari luar sampai dalam. malas nak detailkan,boleh tak?

saya sebenarnya tak sedap hati since tau pregnent, sebab saya takde tanda-tanda orang pregnent mcm morning sickness.dan saya pun rasa ini adalah salah satu faktor keguguran *perasaan yang terlalu risau pikir macam2 tentang kandungan*. so, me and husby plan nak scan kat klinik swasta sbb klinik kerajaan tak provide scan untuk yang baru pregnent.sedih.

di klinik.masih menunggu sampailah lebam.then, bile sampai turn memang berdebar-debar.encik suami tak masuk. dan itulah hajat saya,saya takut kecewa.biarlah saya kecewa asalkan suami tak brsedih kalo die tgk result yg tertera kat scanner tu nanti.so,doctor start scan and she's said "this is not good".(hamek,sampai sekarang pun mampo ingat ayat doctor tu).then die tunjukla kantung bulat ok, tapi baby nye tecit sangat.then doctor cakap mybe baby mengecut ataupun baby lom sampai 10 minggu (sebab scan kantungnya besar 6 minggu ++)so, saya rasa brputus asa+sedih+kecewa. tak tau macammana nak terangkan pada encik suami.doktor suh datang lagi 2minggu untuk futher scan. Allahuakbar,tak tau nak gambarkan perasaan ketika itu.

Masuk kereta cepat2 bagitau suami,suami macam biasa, bagi kata-kata penguat smangat. for a while, saya rasa tiada kata yang boleh menyejukkan perasaan saya ketika itu. then, balik rumah, air mata ni tak berhenti-henti mengalir, teresak-esak.Allahuakbar.perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. lepas tu terus teridur, then bangun dari tidur semacam dah ada sedikit kekuatan. call family, bagitau apa yang berlaku then mohon dititipkan doa....

belum pun sampai 2 weeks tarikh nak pergi scan balik, i've 1st bleeding then followed by 2nd bleeding after a week kalo tak silap. then refer pada hospital kerajaan. for first time, doc cakap saya complete abortion means sume dah keluar. Alhamdulillah. then doc bagi 2 minggu lagi untuk datang appoiment. After 2 minggu selepas berpantang, mengurut bagai, doc buat TVS, doc cakap macam ada lagi kantung. wohu! bayangkan perasaan ketika itu?so, kami decide buat D&C instead tunggu kantung tu gugur sendiri.

so, duduklah saya dengan poyonye kat wad hospital,berkenalan ngan pesakit dan makan dari pagi sampai dinnernye, sedapla jugak. lagipun makanan yg dieorag kasi untuk patient 1st class sbb saya patut masuk 1st class tapi taknak sebab takut duk wad takde orang nanti,so duduk la 2nd class yang memang selesa ;) tunggu punya tunggu punya tunggu, check punya check punya check, last-last pergi scan nak confirmkan saya dah ready nak D&C pada esok hari. hati dah pasrah masa tu. then, masa scan, doc cakap "aik,kosong je rahim awak, dinding rahim pun dh menipis, means nothing la dalam rahim awak". rase macam nak debik je doctor yang scan awal-awal kate ade lagi kantung tu. doc tanpa rasa segan silu cakap "awak boleh balik, takyah buat D&C". wuhu!! datang hospital nak makan je dari pagi sampai petang.hihi :)

dan bermula dari detik itu, saya pun berangan-angan nak conceive semula......


p/s:bukan mudah saya nak ceritakan balik menda-menda camni,tapi sebab saya nak berkongsi ngan kawan-kawan, saya teruskan juga.padahal dah banyak adengan-adengan yg trpaksa di cut. hehe

No comments:

Post a Comment

buih-buih kata :)