kumpul.kumpul.

Thursday 13 October 2011

sensitif

salam.


Tak pernah sehari pun dalam fikiran ni tak teringat pada keinginan memiliki zuriat. Lebih-lebih lagi semasa bersendirian. Sentiasa memikirkan punca dan sebab mengapa masih belum dikurniakan zuriat. Masalah kesihatan ataupun sebagai kaffarah dari Allah atas kesilapan dan kealpaan yang dilakukan?Bila dalam toilet lagi kuat bayangannya. Terbayang saat-saat buat UPT dan disahkan +ve. Terkenang saat-saat bleeding dan duk mencangkung melihat darah yang mengalir bagai air paip dan disahkan keguguran.Erm.

Sentiasa memikirkan dan membayangkan perasaan orang-orang terdekat yang mengandung. Ada alahankah mereka? Mengidamkah? Nampak kereta mereka pun dah membayangkan kegembiraan mereka ketika mengandung.Belum lagi apabila mereka mengembar-gemburkan tarikh due mereka. Seaakan jantung ini tak berhenti berdegup  kencang membayangkan saat-saat mereka yang makin hampir membelai lembut kulit bayi mereka. Terasa erat genggaman jari suami memegang dan memberi kata semangat untuk bertarung nyawa mengeluarkan bayi dari rahim.

Hampir menitis air mata saya, apabila melawat bayi yang baru dilahirkan. Tak berkelip mata melihat indahnya ciptaan Tuhan. Allahuakbar. Gerak wajah, tangan, kaki semuanya kelihatan sungguh hebat. Terbayang saat ketika baru melahirkan bayi kemudian memeluk dan menciumnya buat pertama kali dan diberi kesempatan menyusukannya. Allahuakbar.Terlihat suami yang tersenyum dan memeluk erat dan mencium bayi. Bahagianya rasa. Teringin sekali bergelar, ibu. Kini, masih menunggu kesempatan yang Allah akan  berikan buatku.

Saya bukan mengeluh. Bukan jua menangisi rezeki yang masih belum dikurniakan Allah. Tapi sesekali otak ni belum pulih untuk terus melupakan hajat mahukan anak. Masih belum dan saya rasa tak akan lupa walau sedetik pun. Setiap masa, setiap ketika akan membayangkan saat-saat gembira tatkala mengandungkan zuriat, tatkala melahirkan dan membesarkan anak dihadapan mata bersama-sama suami. Kadang-kadang nak elak dari banyak mengeluh, saya membayangkan apa yang akan saya lakukan apabila ada anak kelak. Tersusun elok perancangannya.

Allahuakbar. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. Kau makbulkanlah doa kami ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang sihat, sempurna dan bimbinglah kami mendidik zuriat-zuriat kami agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Kami manusia hanya mampu merancang dan Engkaulah sebaik-baik perancang.

5 comments:

  1. betul..
    ALLAH sebaik-baik perangcang dan menentukan nasib kita,,,,,,
    insyaallah samapi rezeki kita nnt untuk menjalankan tanggungjawap sebagai ibu...amin

    ReplyDelete
  2. thats so true..tak pernah sesaat pon tak terpikir pasal nak pregnant..seboleh2 nk buat tak tau tp tak mampu..skang ni kalau dgr cerita org deliver pon boleh mengalir air mate..cengeng kan ;p

    ReplyDelete
  3. Su n Nana: baru td dengar al kuliyyah. Ust. tu ckp suh kita brsangka baik pada Allah. Allah akn mkbulkn doa kita based on our prasangka.kalo baik,baiklah,kalo tak,jd tak baiklah.Kadang2 saya rasa mcm mnyalahkan takdir plk.tak brsyukur atas nikmat2 yg Allah dh bagi.buta dgn bisikan syaitan. Nmpk ape yg Allah tak bg je.yg Allah dh bagi brsyukur pn cm tak brsungguh.leka.astghfirullah.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..
    Betul.. X pernah sedetik pun x terfikir.. :(
    Hmm..Semoga2 kita sama2 dikurniakan anak2 yg soleh + solehah..

    ReplyDelete
  5. Hii nice reading your blog

    ReplyDelete

buih-buih kata :)