kumpul.kumpul.

Wednesday 7 September 2011

berapa kali kena?

salam masih Syawal.

Tahun ni selamber je tak bagi ucapan raya kat FB ke blog ke. Tapi, perlu ke? Tah, mybe sebab mood raya macam terganggu skit, tu sebab mood menulis ucapan boleh terganggu.

Orang selalu cakap, kalau masa sebelum "hari kejadian", kita exited sangat atau gembira semacam, nanti masa "hari kejadian" kita akan sedih atau berduka dan kalau sebelum "hari kejadian" kita dah berduka dan tidak teruja, maka masa "hari kejadian" kita akan gembira hip hip horray gitu. So, sebab mood nak beraya saya dah tergendala since sebelum puasa lagi, so, saya meletakkan harapan bahawasanya raya saya nanti akan jadi menarik dan lebih teruja. Boleh camtu?

 Sebenarnye lama dah nak post menda ni.Tapi sebab Nazir nak datang sekolah lepas raya which mood raya pun belum reda lagi, so, terpaksa tergendalakan posting dulu. Siap Nazir masuk kelas ok.Jadi kepala satu hari pusing.

Isu yang ingin saya bincangkan di sini ialah (ayat nak skema) ilah, BERAPA KALI KORANG KENE SOALAN PETIR?

ok.ok. saya nak jawab! Saya nak jawab! (memang saya yang kena jawab)

Bersempena sambutan 6 Syawal,maka 6 soalan petir yang berjaya ditanya kepada saya. Sebahagiannya encik suami yang tolong jawabkan. So sweetttt :) Ini semua gara-gara saya asyik mengeluh takut nak balik kampung nak menghadapi soalan-soalan begini. Suami iye-iye cakap nak tumbuk sape yang tanye. (dapat saya bayangkan die tumbuk orang-orang perempuan). Pastu suami cakap jangan duk jauh-jauh dari die, so die leh tolong jawabkan soalan petir itu.

Soalan pertama dari seorang nenek tua, ataupun lebih kepada penyataan (takkan suami saya sanggup tumbuk kot?):
" Tahan ye korang berdua aje?" Maksudnye, boleh ek korang idup berdua, sampai sekarang tiada anak lagi.
Saya macam biasa, tertunduk menyengih, dada sebak. Si suami dengan penuh bersemangat jawabkan " Belum ade rezeki lagi nek, mintak nenek doakan, doa orang-orang tua ni cepat makbul (nenek tu terasa tak suami cakap nenek tu tua?). Lagipun bulan 12 aritu die keguguran" Pastu nenek ni jawab. "Iye, belum rezeki kan. Nenek akan doakan. Ade orangtu anak belum setahun, dah mengandung lagi, pastu anak yang baru lahir terabai bla...bla.. bla....". See, orang yang mengandung ade anak pun kena jugak. Biasalahkan, hidup. Part yang paling mengharukan bila nak balik masa salam, nenek tu sentuh perut saya, then cakap " Nenek doakan dimurahkn rezeki, dapat anak" Terharu betul. Moga doa nenek tu dimakbulkan Tuhan :)

Soalan yang lain-lain saya tak ingat sebab ada yang berbentuk pernyataan tanya pada suami macam "Anak ko bape dah sekarang?" So, suami lah yang jadi tukang jawab. Hehe

 Soalan terakhir ditanya setakat ini, yang terakhir adalah pada 6 Syawal oleh makcik suami :
" Belum ada lagi ek?" Saya macam biasa tertunduk sambil tengok air. Kali ini suami sibuk makan kacang, so, saya kene jawab dengan pantas. "Belum lagi". Agaknya makcik tu perasan perubahan, terus die cakap " Makcik dulu pun 2 tahun tunggu nak mengandung". See, orang yang tanya-tanya kita pun dikalangan TTC jugak :)

Tapi saya perasan, bila soalan-soalan begini diajukan, mesti lepas tu sume terdiam. Padahal sebelum tu rancak berbual, bile soalan tentang pregnent ni dibangkitkan, mesti lepas saya jawap jawapan pendek "belum lagi", sume akan macam blur.diam. Pastu puas nak cari satu isu baru nak diborakkan.

Allahmdulillah, tahun ini Allah bekalkan saya dengan kekuatan nak menghadapi soalan-soalan petir. Samada soalan mereka tak berapa menyengat ataupun saya yang tak kisah, saya pun tak pasti. Yang penting takde secalit rasa terkilan bila dieorang ajukan soalan macamtu. Tapi dalam kepala ni dah pikir macam-macam macamnelah tahun hadapan. Moga-moga saya akan diajukan dengan soalan, "Dah berapa bulan anak ko ni" takpun "bila due?" hehe. Amin.











1 comment:

  1. ameen...mudah2an yea...
    nak jugakla 2 soalan yg akhir tu..hehe (^_^)

    ReplyDelete

buih-buih kata :)