kumpul.kumpul.

Monday 8 August 2011

clomiphene citrate

Puh.

Arini 2nd day makcit P datang. Dan harini jugak kene pegi hospital.appoiment on 2nd menses.

Pas balik sekolah bergegas pegi hospital.laju betul pecut.kunun-kunun leh dapat number yang baik.kunun.pas amik number trcongok la tunggu dkt hospital dekat 4 jam.hamek ko.

Dahla kat sekolah perut meragam.pedih sangat.ingat nak singgah umah makan sesuap dua nak alas perot.nan hado.dari sekolah ke hospital adelah sejam stengah.tahan jela.even kat sekolah sampai takleh brdiri.kene duduk je.takpe,esok sebelum ke sekolah kene makan.

Dahla saya daftar lewat,dapat pulak number corot,2nd last patient.ditambah pulak patients pagi bawak ke petang coz pagi doctor ade operation.ok lagi,pas saya dah daftar,tunggu 2 jam.doctor kuar lagi.ade orang bersalin plk.hadoi.mcm dah giveup.tapi pas pikir punya pikir punya pikir setelah sejam lebih drive pepenat,tambah 2 jam menunggu,baik la saya tunggu.ha!sila tambah lagi 2 jam menunggu.

Ok.

Genggam bara api biar sampai lengan.lepas singsing lengan,tetiba nurse panggil masuk bilik.ok,pas timbang sume,doc terus tanye, "are u ready now?" Saya pun macam confident ala-ala jawab "yes".appoiment mmg untuk 2nd day period sbb doctor nak bagi clomid.try 50mg untuk 6 hari. Then,doctor bagi ubat progynova untuk day 7 hingga 11 day period. Dan pada hari ke 12 period kene datang balik untuk scan telur. Perlu conceive terus atau tambah dos ubat. Doctor pun pesan teruskn makan metformin.ikut kata doc,kene makan lagi bagi turunkan kadar LH.hope so.

So,sekarang sudah telan sebijik clomid.kepala agak ting tong.

Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku Ya Allah,Engkau pemberi rezeki,kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.Amin.

2 comments:

  1. aminnn.. insyaAllah! doa paling mustajab time hampir waktu berbuka.. (tatau la untuk org berpuasa je ke.. hehe), mintak suami mendoakan sama..

    ReplyDelete
  2. Hikari,amin..sbelum brbuka,kami doa sama2.baca ayat dari surah al imran.moga2 doa kita,doa sume dimakbulkan.aminnnn.

    ReplyDelete

buih-buih kata :)